Bila mommy membebel

Tiba-tiba mood membebel datang. Berapa banyak perkataan la dapat aku bebel hari ni. Semuanya bermula dengan artikal bertajuk "Rm41.60 cukup tampung belanja keluarga Miskin untuk sebulan". Dia siap BESARkan huruf M.


Tindakan baik mereka dengan memberi bantuan kepada golongan M telah menyebabkan harga barang lain naik. Segala mak nenek harga naik. Adakah anda membantu golongan marhaen seperti kami?

Sepatutnya kita hapuskan golongan M. Hidup sama-sama merasa. Sama-sama senang. Baru la betul kau membantu. Ini yang kaya semakin kaya, yang M semakin papa kedana. Nak menjadi kaya jauh sangat la. Nak menyimpan pon tak sempat!

Ya, hidup bersederhana! Kami hidup bersederhana, korek lubang tutup lubang, kambus lubang A, buka lubang B untuk hidup bersederhana. Kami bukan duduk saja! Kami masih kuat bekerja. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Abah aku motong getah. Cari duit. Bila hujan tak henti-henti, duit tak boleh nak masuk. Abah buat kerisik pula. Abah jual kerisik. Abah ambil buah kelapa dari pokok hasil mak tanam sendiri. Abah tak pernah la dok diam cari rezeki. Abah tak pernah berhenti cari kerja. Rezeki tak kan datang bergolek. Abah jual kelapa la. Abah jual serai la. Abah jual kopi la. Abah akan jual apa sahaja yang boleh mendatangkan duit.

Sampai satu masa ada orang buang semua pokok kopi mak, aku sedih sangat. Bukan aku je marah. Seisi keluarga sedih dan marah. Tak boleh langsung mereka fikir. Duit kopi tu la yang mak abah aku guna untuk besarkan kami. Kemudian bukan nak ganti semula pokok-pokok mak aku yang mereka dah musnahkan. 

Orang senang tak apa la barang mahal pon. Semua boleh beli. Aku ni, sedih bila nak beli barang. Aku kena fikir, keperluan atau kehendak. Kesian laki aku kerja bagai nak rak. Kadang-kadang aku rasa nak jugak. Bukan selalu pon.

Barang-barang aku, anak-anak dan suami kami pakai sampai buruk terkoyak baru berganti. Ha baju laki aku sampai koyak lusuh pon dia tak nak beli baru. "Kita mana ada duit.". Sedih gila dengar. Suami lebih utamakan barang keluarga. Diri dia tak apa. Pakai je mana yang ada. Makan je apa pun. Mujur la tak dapat bini yang kuat melaram.

Aku sedih bila fikir mak abah aku dah tua-tua tapi kerja keras. Abah dah 68 tahun. Mak pula 66 tahun. Harapkan abang dan kakak aku la bantu. Aku nak bantu pon aku pon tak bergaji. 

Aku tak kerja? Aku kerja jaga anak-anak. Jaga makan pakai anak-anak dan suami. Jaga rumah. Kerja aku non stop. Kalau aku rehat, rumah macam tongkang pecah. Kalau aku tak rehat pon sama juga rumah tak pernah nak kemas sebab ada anak-anak yang rajin tolong kemas.

Kalau aku kerja, anak kena hantar nurseri. Gaji habis bayar duit bulan-bulan ke nurseri anak 3 orang. Kos minyak dan tol pergi keja dah berapa. Nak jaga rumah dan suami lagi. Ambik org gaji jaga anak dan kemas rumah serupa la bagi laki kawin lagi sorang, kata suami tercinta.

Nak pergi kerja dengan apa? Beli lagi satu kereta. Hahh tambah lagi beban bulanan. Mesti ada mulut bising kenapa tak guna motor. Aku tak ada lesen motor. Emak tak bagi bawa motor, inikan pula suami nak bagi bawa motor. Suami aku kerja pagi-pagi balik hari dah gelap, aku tak akan ambil risiko. Aku tunggu suami balik rumah hari-hari dengan selamat. Kalau dengan motor, mau la stress lagi tunggu.


Mungkin nasib kita dah begini. Sekarang ni pon aku tengah usaha kuat menjadikan blog aku ni sebagai harta. Masuk sikit-sikit buat hati gembira. Kalau dapat banyak, Alhamdulillah. #syukurselalu #malaysiamasihaman

4 comments:

  1. skang susah sbb semua brg naik kan..

    ReplyDelete
  2. Fida yang berkerja 2 orang pun tak cukup makan..Lagi seminggu nak habis bulan..mulalah raba sana sini cari duit..laki bini kena ikat perut ..balik umah baru dapat makan.Tu nasib baik sekarang g kerja naik motor..jimat sikit duit minyak..topup pun sebulan RM 10 je..

    ReplyDelete
  3. memang semua akan bebel pasal ni..stetment terbaru dia cakap banyak sgt komplen pi kerja jalan kaki...wth betul la dia tu...

    ReplyDelete
  4. yang bergaji tetap pun terasa, inikan plak yang gaji tak tentu hala.. mmg trasa sgt laa.. nak cukupkan keperluan bulanan pun jenuh..

    ReplyDelete