5 Tips bahagia berpanjangan

Tiba-tiba hari ni topik ini rancak di group telegram. Mommy yang mulakan. Tiba-tiba mommy teringat pesanan jiran mommy seorang india. Sebagai rumusan tips bahagia berpanjangan:

1. Redha Allah
Pesan jiran mommy seorang india yang kuat agamanya. Jangan tinggal Tuhan kamu. Sembahyang. Apa-apa agama pon akan menuntut berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

2. Redha suami/ibu ayah
Yang dah ada suami, wajib taat pada suami. Yang ada ibu ayah wajib taat pada ibu dan ayah. Pasti emak dan ayah akan doakan kebaikan buat anaknya. Sebagai anak juga jangan lupa sentiasa doakan ibu dan ayah walaupon mereka dah tiada.

parenting health food blogger

3. Jangan menjarakkan hubungan dengan suami/ibu ayah
Zaman dah mudah sekarang ni, boleh toktektoktek je taip message kat suami/ibu ayah. erk sejak bila touch screen berbunyi?hahaa sbb mommy tengah menaip kat keyboard ni tu yang keluar bunyi latar menulis. Report je apa yang korang tengah lakukan pada pasangan atau ibu ayah. Nak spend time together, memang payah la kan sebab ada komitmen lain. Tapi takkan nak taip message pon susah.

"I baru nak masak."
"Adik nak pergi makan ni bu."

Nampak macam err tu pon nak bagitau ke? Haaaa cuba tengok balik status fb/twitter atau update korang kat facebook atau blog, boleh pulak korang buat? Grr kena setempek kat mommy. Mommy selalu pm(private message) suami je. Ok lepas ni rajin-rajin sms mak abah kat kampung lah


4. Teman suami/ibu ayah
Sentiasa teman ke mana sahaja pasangan atau ibu ayah pergi. Jangan biar mereka pergi sendirian. Kalau kerja tu lain lah. Takkan nak ganggu kerja pulak kan. Ni mommy cerita pasal pergi lepak mamak ke, keluar isi minyak ke atau apa sahaja. Teman ibu ayah pergi kenduri atau keluar beli barang. Kalau dah jadi isteri orang, korang dah tak ada masa banyak untuk ibu ayah. Lebih-lebih lagi macam mommy yang duduk jauh ni. Rindu je la. Balik kampung bila raya je.

5. Pimpin tangan suami/ibu ayah
Perasan tak, pasangan kalau baru kahwin jalan pegang tangan? Bila dah lama kahwin pon kena jalan pegang tangan juga. Heee anak ramai macam mana? Hahaha buat lah macam mana pon..hahahha selesaikan sendiri (sedang memikir). Bila jalan dengan ibu ayah, pimpin lah mereka. Alaaa buat la macam jalan dengan kawan-kawan. 

Haaa...dah dapat solusi bagi yang ada anak ramai, pimpin lah tangan anak-anak sehingga mereka besar dan terbiasa. 

Ok lima sahaja tips untuk korang. Semoga berbahagia walau di mana sahaja anda berada. 

4 comments:

  1. Tips terbaik ni..jom sama² kita amalkan. InshaAllah bahagian berpanjangan dengan izin Allah :)

    ReplyDelete
  2. terbaik. bab last tu sokong. biasa kan diri kita dengan anak2 . anak dah terbiasa senang. kan terkejut maka ayah bile keluar nak berpimpin tangan. kalau dah biasa ok lah

    ReplyDelete
  3. Tips dan info yang amat berguna

    ReplyDelete
  4. Nampak macam benda kecik tapi boleh eratkan hubungan antara suami/isteri/mak/ayah

    ReplyDelete