Beras Tak Sedap!


Mommy ni tak habis lagi mengemas rumah. Pindah Ahad lepas. Dah seminggu tapi apa kan daya. Buat mana yang terdaya sahaja la.

Pagi tadi kemas-kemas bilik belakang jumpa la plastik kampit beras. Banyak pulak tu. Buat apa la mommy irra simpan kan? Nak kira berapa banyak kilo beras dah makan ke?


Sejak mengenali Encik Nizam Herbalist, kami sekeluarga mengamalkan beras rebus. Kalau survey pasal beras rebus ni, macam-macam la momokan pasal beras rebus ni.

"Beras untuk orang sakit."

"Beras tak sedap."


Pernah rasa ke? Tahu tak apa kelebihan beras rebus ni? Haa mommy irra pernah cerita kat entri sebelum ni pasal khasiat beras rebus ni. 

Nanti bila dah tahu kelebihannya, boleh la mencuba. Selagi kita tak mencuba memang kita takkan tahu.


Mommy Irra sekeluarga mula makan beras rebus pada 7 Disember 2013. Dah 9 bulan 3 minggu. Okey je boleh makan. DaddyG kata sedap. Apa pon pilihan di tangan masing-masing. Bukan bila dah sakit baru nak makan makanan yang berkhasiat. :D

Pesanan mommy Irra: Jangan menilai sesuatu daripada rupa luaran sahaja. Try dulu baru komen sedap atau tidak.

jangan pandang luaran.
daddyG kata rasa macam nasi ayam.
haaa kena cuba try test tau! 
Jom amalkan gaya pemakanan yang sihat dengan diet alkali! Ehh? Beras rebus ni pon salah satu diet alkali tau ^_^

15 comments:

  1. Replies
    1. Irra beli kat giant. Beras rebus bombei rm20.90 / 5kg

      Delete
  2. macam nak cube la.. elok jugak tu.. :)

    ReplyDelete
  3. Beras rebus? Mcm mana rasanya? Mesti tak sama dengan beras biasa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beras rebus masak macam biasa biasa je. Saya rasa biasa je. Husband pon cakap biasa je. Kaler jela lain. Tapi khasiat beras rebus sgt banyak berbanding beras biasa

      Delete
  4. betul..awal2 la kena jaga2..bukan dah sakit baru nak jaga bab2 makan ni..kadang2 tu beras guna yang bagus dah tapi lauak pauknya kemain berminyak.masin...siap ada yang guna ajinomoto la,tumix bagai..heheheh

    ReplyDelete
  5. Irra...sue guna beras basmati faiza kashmir boleh kan utk ank ekzema?

    ReplyDelete
  6. Oooooo dia memang kaler cenggitu ye... hihi.. bak kata omputeh, dont judge by the cover kan mommyyyy....

    ReplyDelete
  7. wah, first time dengar pasal beras rebus....

    ReplyDelete
  8. Mesti harga nya lebih mahal dari beras biasa ke lebih murah

    ReplyDelete
  9. masih lg fikir..adakah beras rebus ni sama dengan beras perang yer... :-?

    ReplyDelete
  10. First time jugak dengar pasal beras rebus ni...

    ReplyDelete