Jom Cuti-cuti Malaysia

Ada ke orang Malaysia yang tak suka Cuti-cuti Malaysia? Rasanya takde, semua memang suka jalan. Jalan-jalan cari makan. Dah memang sebati dalam darah daging orang Malaysia tak kira bangsa. Sama je kita semua. Mommyirra pun sama, sudah pasti.

 

Sekarang ni tengah fikir nak bawak anak-anak lima orang ni ke mana. Tapi dengan ada nya hotel promo Traveloka, rasanya ke mana-mana negeri pun boleh. Bukan hotel je ye, kalau nak naik kapal terbang pun ada diskaun pada pakej. Dah lengkap vaksin pun ada diskaun. Tak habis kat situ lagi, ada promosi terpilih yang boleh tebus cukai pendapatan tahunan sehingga RM1000!

 

Mommyirra dah senaraikan beberapa tempat yang sesuai:

·   Langkawi

Cuti cuti malaysia langkawi


Pulau yang mengandungi sejarah dan alam semulajadi yang cantik menjadikan destinasi yang tak jemu dikunjung. Seronoknya bila membayangkan pasir pantai yang putih gebu tu, sambil angin tiup. Jalan kat gigi air dengan daddyG pun seronok jugak ni, romatik nya! Ok, mommyirra dah start berangan macam dalam movie pulak.

Shopping kat Langkawi pun memang terbaik. Barangan bebas cukai yang paling mommy suka, tak lain tak bukan ialah coklat. Kalau kat KL nak beli coklat tu mahal sampai puluh-puluh RM pun ada. Tapi di Langkawi zon bebas cukai, jimat la sikit duit mommy. Boleh beli pinggan mangkuk pulak! Periuk segala macam jenama, harga murah sikit dari biasa. Terbaik kalau bawa mak-mak, memang encik suami dan anak-anak tu tunggu kat kedai minum aje lah, kita dah tak peduli.


·   Melaka

Cuti cuti malaysia melaka


Kaya dengan sejarah dan budaya. Walaupun negeri nya kecil, sentiasa padat dengan pelancong. Tak susah nak mencari hotel melaka yang sesuai mengikut bajet. Bandar Melaka pun padat, jadi kebanyakan tempat tertumpu di bandar. Dari hotel nak ke Menara Taming Sari contohnya, ada yang boleh jalan kaki. Ada juga yang perlu naik kereta, tapi tak jauh lah. Lima minit drive dah sampai, cuma nak cari parking tu je lah yang mencabar.

 

·   Pulau Pinang

Cuti cuti malaysia pulau pinang


Terkenal dengan pantai-pantai yang cantik dan pelbagai jenis makanan yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Makanan kat Penang ni memang terkenal sangat. Yang tak halal pun terkenal, yang halal pun sama. Mommyirra memang makan yg Halal sahaja la ya, nasi kandar. Letak ayam goreng, kuah campur. Fuh, sedapnya! Hari-hari makan kat kedai nasi kandar yang berlainan. Yang terkenal Line Clear, Deen, Beratur (sila datang waktu malam ya), Hameediyah, Nasi Kandar Kapitan Keling dan bermacam-macam lagi.

Kalau ada rezeki pergi musim durian, paling best singgah Balik Pulau. Durian kat sana memang terkenal, diimport serata Malaysia dan negara jiran. Tapi kalau bukan rezeki, takpa lah. Jalan-jalan tepi pantai pekena pasemboq atau laksa. Pendek kata kita takkan kelaparan kalau ke Pulau Pinang.

 

·   Port Dickson

Cuti cuti malaysia port dickson PD


Destinasi yang dekat dengan Kuala Lumpur. Kebanyakkan pelancong berkunjung di musim cuti atau hujung minggu. Kalau untuk pergi sekejap 2 hari 1 malam, sesuai ke Port Dickson. Boleh juga main air pantai, berkelah dengan keluarga. Hotel tak perlu risau ye, macam-macam jenis ikut bajet yang bersesuaian. Lepastu jangan lupa guna promosi hotel Traveloka, lebih jimat.

Makanan laut pun sedap juga buat makan malam bila di PD kan? Mommy dah tak ingat bila kali terakhir pergi ke PD. Maklumlah, sejak COVID-19 pandemik ni bermula, memang duduk rumah saje.

Susah juga nak buat pilihan ni, semua negeri ada tarikannya tersendiri. Mommyirra kena bincang dengan daddyG untuk percutian kali ni. Biar ada aktiviti untuk anak-anak dan mak ayah nya sekali.

 

1 comment:

  1. Awal December hari tu bawa anak anak ke Penang. Penutup 2021 hehe. Next plan Cuti Cuti Malaysia 2022 pulak

    ReplyDelete