Iftar di Beans N Beans Citta Mall

Iftar Beans N Beans Citta Mall | Peluang berbuka puasa di luar pada hujung minggu sangat dinantikan mommy. Hari minggu mommy sibuk melayan anak-anak seharian dari pagi ke malam hari. Kali ini daddyG bawa mommy beriftar di Citta Mall. Meriah sungguh Citta Mall menyambut kedatangan Hari Raya.
Misi utama ke Citta Mall adalah untuk berbuka puasa. Tapi daddyG belum decide nak berbuka di mana. Jom cari tempat berbuka. Sambil berjalan sambil menggoogle "Citta Mall". 

BEANS N BEANS KOREAN CAFE (LOT G- 20)

Mommy memilih Beans n Beans untuk berbuka kali ini kerana mommy teringin nak rasa bingsu (kat Malaysia ni macam Ais Kacang la) adalah pencuci mulut yang digemari ramai di korea. Beans N Beans menyediakan bingsu khas untuk orang malaysia.
Beans n Beans Korean Cafe
Beans n Beans Cafe
Rugilah kalau mommy tak cuba bila daddyG dah kasi chance kan..
Menu yang menjadi santapan kami di Beans N Beans:-
Sparkling grapefruit, Kongi Bingsu
Yuzu Tea, Combination Pizza
Yummy


Alhamdulillah. Kenyang perut senang hati. Dah kekenyangan maka kita bergerak pulang.. Seperjalanan nak balik tu mommy lalu di beberapa lot kedai yang agak menarik minat mommy dan anak-anak. 

TREASURE BOX (LOT F-33)

Treasure box adalah pusat penjagaan kanak-kanak. Treasure box mengajar kanak-kanak lebih berdaya saing untuk menghadapi cabaran masa depan.
Treasure Box
Kanak-kanak pasti seronok kalau dapat pergi Treasure box, Taman Tema Kanak-kanak. Tapi masa tak mencukupi, insyaAllah kita datang lagi sini ya.
Taman Tema Kanak-Kanak

HAPPIKIDO (LOT F-23)

Untuk mommies yang nak dapatkan keperluan baby boleh shopping di happi kiddo. Atau shopping online di www.happikiddo.com.my. Happi kiddo lengkap dengan segala kelengkapan bayi.

Jangan lupa like FB happi kiddo untuk dapatkan kod promosi setiap bulan... 
happy kiddo






BLOKKE CAFE (LOT F-40)

Satu lagi yang sangat mengujakan mommy di Citta Mall ini adalah Blokke Cafe
Blokke Cafe
Kalau kita jumpa Blokke Cafe dahulu tadi, wajib dah Adam nak makan di sini. 

Tapi...tak boleh.. Sebabnya nak masuk ke sini kena booking dulu.. 

Anak-anak boleh main lego sementara mak ayah makan. Heavennya...

Sementara anak pula enjoy main blokke.
Buka Puasa @Blokke
Next time cuba makan di Blokke Cafe pula ye.

Banyak lagi tau tempat menarik di Citta Mall. Nak tau lanjut boleh layari:-
https://www.instagram.com/cittamall/
https://www.facebook.com/CITTAMall

No 1 Jalan PJU 1A/48
Ara Damansara
47301 Petaling Jaya

3 comments:

  1. Menarik pula tengok bingsu tu...hihi..

    ReplyDelete
  2. miza haritu pun tak sempat ke Blokke. Next time kena pergi Blokke jugak

    ReplyDelete
  3. Akak selalu pi sini tgok wayang, tak pun pi jaya grocer kat bawah tu..tak pun pi makan kat Tony Romas

    ReplyDelete