Transformers VS Sofea the First

Assalamualaikum..anak nak sekolah, mommy daddy lah yang paling sibuk kan.. Beg sekolah anak belum beli lagi....

Setiap kali melihat beg di Tesco atau Giant, mahalnya... Pilihan pun tak banyak... Bila ke kedai biasa pon sama..

"Kita pergi GM je la cari beg Adam dan Anis.", kata mommy.

Beg Adam yang lama pon beli kat GM. Jadi mommy daddy tuju kedai yang sama. Tingkat G tepi eskelator, Blok A.

Pilihan beg banyak sangat.. Mommy sampai rambang mata.. Rasa nak beli semua...hehehee...sampai lupa nak ambil gambar satu pon...

Adam pilih beg Transformers.. Adam nak warna biru tapi malangnya warna biru dah habis. Adam masih nak beg patern yang sama, cuma tukar warna merah.

Transformer
Beg lama Adam masih elok. Cuma buruk sikit la. Tiap kali Adam balik sekolah 12.30 tengahari wajib la baju dan beg Adam berpeluh..
Beg lama Adam Rayyan 17.5.2014
Adam dapat Transformers, Anis nak beg apa? Tang Anis ni lama sikit nak memilih. Anis tak pandai ada taste lagi. Tanya nak, semua dia angguk. Jadi beg Anis mengikut pilihan daddy.
Beg Anis macam beg telur. Mommy setuju juga beg ni. Sebab kertas dalam beg nanti tak terpenyek la. .

Beg ada 3 pilihan untuk budak perempuan:-
1. Frozen
2. Sofea the First
3. Hello Kitty
Sofea the First
Anis pilih Sofea the First. Mesti sebab princess sofea yang pakai gaun cantik kembang tu.. Kalau mommy nak Hello Kitty๐Ÿ˜
Beg Adam ada lampu liplap liplap bila diketuk..ketuk-ketuk manja jela..
Dah settle beli beg Adam dan Anis, mommy shopping karpet gebu pula. Hehee..

Alamatnya next time pon mommy akan jejak GM juga la bila nak cari beg sekolah. Senang!

2 comments:

  1. tu la ada dengar orang kata GM ni murah and banyak pilihan. cuma kena beli 2,3 sekali lah. senang lah kan

    hari tu saja jalan klcc kedai Smiggles ke apa entah. ramai parents belikan stationery anak. saja lah tengok harga. pencil case after discount RM80 -,-'' baru pencil case, belum bag and benda lain lain. adoiyai

    ReplyDelete
  2. menarik beg adam tu.
    kalau la ijat jumpa beg tu, mesti dia takkan lepaskan, irra.
    skang ni ijat giler dgn ultraman tau. adudududu...

    ReplyDelete