POS Malaysia komen di blog aku!

POS Malaysia komen di blog aku! Apa POS Malaysia komen? Korang boleh baca kat bawah ni. Sebelum aku komen panjang pasal komen POS Malaysia di Entry Tracking Parcel Poslaju dengan Telegram  aku nak terangkan dulu apa benda tracking poslaju dengan Telegram.
Funny?
Dahulu, aku boleh dikatakan hari-hari terpaksa buka website Poslaju untuk tahu parcel aku berada di mana. Aku pon rajin juga lah tunjukkan screenshot tracking parcel tu kat suami.

Tiba-tiba suami aku buatkan bot Telegram untuk cek parcel poslaju. Memang laju lah nak check parcel dengan Telegram bot selepas itu.

Aku hanya perlu taip nama bot @MYposlajuBOT dan tracking number sahaja di mana-mana personal chat atau group.

Biasanya aku terima tracking number melalui chat. Kenapa perlu susah payah nak buka browser sedangkan boleh check terus menggunakan bot di chat.

Apa yang suami aku buat untuk bantu aku tu memang terbaiklah. Kerja jadi mudah. Cepat dan laju je aku boleh tahu kedudukan parcel aku. Melainkan kalau website Poslaju down. 
Check parcel melalui Telegram sangat membantu aku dan juga rakan-rakan aku yang ada Telegram. Very helpful ok. 

Orang sekarang nak benda yang pantas. Cepat. Laju. Bukan lembab! 

Eh siapa POS Malaysia tu?
Oh nama si komentator ni Nora Danish
Kelakar lah kalau orang yang terer coding dan programming nak buang masa buat benda yg "funny".

Kalau lah benar "its very easy to track Poslaju mails and couriers online", tak wujud la bot bot di Telegram. Bukan suami aku seorang je buat bot untuk tracking Poslaju ni.

Hey Nora Danish si commentator POS Malaysia, you are very funny actually! Lols!

8 comments:

  1. terjojol jap mata baca Hi I am Nora Danish tu. hehehehe

    ReplyDelete
  2. ish awat dia p komen macam tu. di ni dari pos laju ke kak irra ? sapa yang funny sekarang ni ?

    ReplyDelete
  3. Hahahaha...sabar je la...di sebalik nama Nora Danish...

    ReplyDelete
  4. tak tau nak gelak ke apa.. sebab tak faham lagi camne nak track barang tu guna telegram..

    ReplyDelete
  5. haha pelik jg nape dia komen cmtu pastu mengaku dr pos malaysia.
    tp mmg best guna app telegram. takyah susah2 nak buka website pos laju utk trace parcel :)

    ReplyDelete
  6. Apakehal.pulak SI nora danish tu komen lagu tu naaaaa

    ReplyDelete