Gastrik pula? Jauhi makanan berasid!

13 June mommy kena gastrik. Seingat mommy lah mommy tak pernah kena gastrik. Tak ada pengalaman gastrik. Akan tetapi, menurut kawan-kawan mommy, gastrik la tu. 

Doktor hanya kata perut banyak asid dan boleh baik dengan sendiri. Tapi doktor tak cakap pula jangan makan itu atau ini kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Adoii..

Pagi tu lepas hantar Adam naik van sekolah 7:15 pagi, mommy lepak rumah member(jiran). Rindu la hai sebab seminggu lebih tak jumpa berbual. Anis dan Amal mommy tinggal kat rumah. Tengah terbongkang tidur. Mommy agak dah depa ni mesti tidur lama. Pukul 8 mommy balik jenguk masih tidur lena. Mommy sambung lepak lagi. 

8.45 mommy balik. Ngam ngam mommy sampai baru lah adik Amal jaga. Amal ni kan masih menyusu badan. Seronok la dia ada mommy. Amal sambung tidur lagi. Dengan mommy tidur sekali.


  • Pukul 11 lebih, mommy rasa pening. Semua benda macam berputar. Bergerak-gerak. Hari tu dah pengsan, jangan pengsan lagi  kali ni.


Perut mommy tak rasa lapar. Cuma rasa tak selesa. Rasa nak muntah tapi tak muntah dan pening yang kuat.  Apa nak buat ni?


Mommy gastrik?

Masa ni baru mommy tau kata dah kena gastrik. Aduhai. Gastrik ke macam ni. Orang gastrik tak boleh makan pedas, berminyak atau nasi. Hurmm mommy kan puasa. Apa pon tak boleh makan.


Semua komen kena tunggu waktu azan dulu. Kecuali komen ina Ainaa minta mommy buat sit up.


Masa bulan tak puasa pon mommy tak dapat nak sit up. Kepala tak terangkat. Inikan pula puasa dan tak larat. Solution yang ada mommy duduk melunjur kaki, kemudian turunkan kepala sampai ke bawah berulang kali. Memang senaman perut lah. Tak berapa lama ada sendawa dan rasa lega sikit. Tapi pening tu masih ada. 

Adik Amal nak susu je. Mommy dah la pening. Dugaan sungguh la...

Rupanya kan, yang membuatkan mommy jadi gastrik tu sebab masa sahur tadi ada ambil nescafe. Padahal sebelum ni tak pernah pon minum nescafe. Gatal sangat! 

Perut yang berasid tidak boleh ditambah makanan berasid juga. Nasib lah mommy! Jadikan hari ini sebagai pengajaran.

5 comments:

  1. tak tahan dengan minuman berkafein jangan minum.. sama laa tak boleh minum air nescafe nanti pening sepanjang hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni tak pernah ada stok nescafe. Baru2 ni adik mommy datang dia tinggalkan 3 in 1 nescafe tu. Ntah baru gatal tangan bancuh hari tu...uhuhuu

      Delete
  2. ekin ni start dah pening... selalu minum air rendaman kurma tu tahan perut ni... stock kurma dah habis rasa lain bila tak minum... gastrik datang balik...

    ReplyDelete
  3. Saya juga ada gastrik. dah pernah scope satu kali dan on ubat Ranitidine. Terpaksa jaga makan. Alhamdulillah sekarang dah beransur baik. tak perlu ubat lagi cuma kena 'watch out' makanan.

    ReplyDelete