Sibuk, tak sihat, badan penat

Huwaaa dah banyak hari mommy tak sempat update blog. 3 hari tanpa entry. Rindunya dekat blog. Tapi bila hujung minggu tiba, mommy agak sibuk. Kesibukan dan kesihatan yang tidak berapa baik melanda menjadikan badan penat. Otak pon tak dapat nak mengarang entry.

Mommy tak sihat?
Mommy sakit gigi. Arghh sakit gigi lagi? Sakit gigi tu tak tahu punca. Sakit sampai ke telinga dan kepala. Tapi gigi mana yang sakit? Ntah la. Satu satu gigi mommy ketuk, semua sakit. Huhuhuu. Sabar dan sabar je la. Ada jugak la mommy mengamuk sebab sakit gigi ni. 

Jumaat petang; Mommy sakit tekak dan hujung lidah. Macam ulser kat hujung lidah tu. Bila periksa sendiri, hujung lidah tu dah memutih. DaddyG terus belikan aiskrim vanilla. 

Awal pagi hari Sabtu, kami pergi klinik. Batuk Amal macam makin teruk je pagi tu. Tapi kenapa ye bila ada depan doktor, Amal macam tak sakit. Bila dah keluar klinik, terus dia batuk-batuk. Mommy pon terlupa sakit tekak. Jadi pergi klinik ambil ubat Amal sahaja. 

Walaupon mommy rasa tak sihat, mommy masih lakukan kerja rumah seperti biasa. Siapa lagi nak buat kan. Masa macam ni la teringat sangat dekat mak. Mak tak pernah duduk diam. Ada sahaja kerja. Mak tak berehat pon kecuali mak sakit sehingga hilang tenaga dan tak berdaya buat sebarang kerja. 

Hari Ahad kami pergi beli barang dapur. Mencabar juga la pergi beli barang dapur ni. Takkan nak main rembat je kan? Pastu anak-anak dah mengantuk la pulak. Mereka dah merengek-rengek nak balik. Mommy pon nak cepat-cepat balik. 


Amal best sebab boleh tidur dalam stroller. Tapi dikejutkan abang Adam dekat cashier. Balik rumah mommy la nak mengemas dan buat kerja rumah. 

Hari Ahad mommy kemas stor. Huwaaa tiga hari yang penat. 


2 comments:

  1. Bila sakit gigi semuanya rasa tak kena. lea ni pulak sakit tekak. bawa minum skait. telan air liur pun sakit

    ReplyDelete