Iqra | Sebutan Tsa bunyi Ta

Ingat tak mommy nak hantar Adam Rayyan ke PASTI sebab ada belajar Iqra? Adam dah mula membaca Iqra dan mengenal Alif Ba Ta. Jadi di rumah mommy dan daddy berusaha kuat bagi Adam Rayyan cepat mengenal Alif Ba Ta. Nyanyi Alif sampai Ya Adam Rayyan dah pandai lama dah.

Mesti ada cakap-cakap kenapa mommy tak ajar di rumah? Adam Rayyan dengan mommy susah nak belajar. Mommy tak tahan sabar sama. Selama ni Daddy yang banyak ajar Adam Rayyan. Dengan mommy Adam Rayyan nak main dan main je. Pelik mommy rasa Adam Rayyan langsung tak penat bermain dari pagi sampai malam. Tapi dengan daddy, dia tak boleh main-main. 

Sambung pasal Iqra. Mommy tahu Adam Rayyan dah pandai Iqra tahap mana dengan melihat tanda yang dibuat oleh ustazah PASTI. Walaupun agak kurang sabar, namun mommy tak berputus asa. Setiap kali Adam Rayyan balik sekolah je, mommy akan buka buku sehingga lah Adam Rayyan sendiri minat nak belajar. Adam Rayyan yang buka buku minta mommy tengokkan.

Belajar Iqra di PASTI hanya pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Adam Rayyan mula belajar Iqra pada 11 Januari. Bacaan Adam Rayyan tergendala 5 hari di huruf "Tsa". 

Iqra | sebutan Tsa bunyi Ta

Iqra | Keliru Ta dan Tsa
Iqra | sebutan Tsa bunyi Ta

Walaupon ustazah dah tanda ok pada 21 Januari, dekat rumah mommy masih dengar adam sebut "tsa" bunyinya "ta".

Korang ada idea tak macam mana nak betulkan sebutan Tsa ni? Mommy dah bagi contoh sebutan bahasa melayu seperti;

Sa-ya
Sa-tu
Sa-ga
Sa-bah
Sa-ja
Sa-bun
Sa-sa
Sa-ra
Sa-pa
Sa-na
Sa-pi

Masih lagi sebutan Adam Rayyan tak kena. Arghhhhhh. Sabar mommy. Lama-lama Adam Rayyan boleh la tu. 


2 comments:

  1. kena latih hari2 sebelum die tidur, mommy boleh sebut kt telinga die.. cakap pelan2 mase die tengah lali2 tu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saya ada segment baru http://mimiebella91.blogspot.my/2016/01/first-mini-giveaway-by-mimiebella91.html

    ReplyDelete