Alkaline water by Water Boy

Apa dia tu Alkaline Water Boy? Pernah dengar tak? Mommy pon tak pernah dengar sebelum ini sehingga lah satu hari daddyG balik rumah tunjukkan kertas promosi Alkaline Water Boy.

Sebenarnya hari-hari mommy bising pasal air minuman kat rumah ni. Bila nak beli penapis air? Tunggu pindah rumah sendiri jawab daddyG. Bila nak pindah rumah sendiri? Tunggu beli rumah la. Bila nak beli rumah sendiri? Haaa ekonomi macam ni, mana nak cari duit beli rumah? Ok. Ok. Apa-apa je la daddy. Asal kami ada tempat berteduh.

Alkaline Water Boy ni kawan daddyG terus beli je. Jadi daddyG berkenan nak beli jugak. Ok la kan? Daripada terus dibebelkan oleh si bini. 

Kenapa daddyG setuju nak beli air alkali ni? Kata daddy kalau beli air ni, tak perlu ada komitmen. Sebotol ada 19 Liter. Untuk promosi tersebut hanya perlu bayar RM237.80 termasuk RM100 deposit. Deposit sekiranya botol tidak dipulangkan la kot. Harga ni bukan untuk sebotol air tau. Promosi 10 botol air dan percuma mesin yang ada dua pilihan air iaitu; hot and warm.

Alkaline Water Boy

Alkaline Water Boy
Alkaline Water Boy

Faham tak korang? Panjang berjela mommy tulis tu. Jom mommy buat ringkasan.

RM137.80 10 botol air 19 Liter
RM100 deposit

Jimat dah kan 19 liter = RM13.78
Kalau mommy beli air mineral 9.5 liter dah RM12.90
10 botol tahan berapa lama? Nanti mommy update lagi.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.waterboy.com.my 


Kalau boleh tinggal satu je lagi, boleh terus order. Sebab order mengambil masa 3 hari untuk penghantaran. DaddyG minta mereka hantar 5 botol dahulu. Mana nak letak banyak-banyak botol kan. 

Bila dah ada air alkali Water Boy ni, mommy terus senyap tak bebel lagi pasal air kotor. Cuma masih bebel pasal lain la. Hahahaa normal la kan isteri dan emak membebel. Cuba kalau suami kuat membebel? 

Eh! Terima kasih sayang menyenangkan isterimu ini! 

2 comments:

  1. ayah mertua saya memang minum air ni. salah satu usaha pengubat penyakit dia

    ReplyDelete
  2. kt opis pakai air mcm ni je. cuma bab air panas tu tak safety sangat. tekan je keluar

    ReplyDelete