NonaRoguy Herbanika Post Natal Set


Set herba selepas bersalin /berpantang


Berpantang sebelum ni mommy tak ambil apa-apa jamu pon. Nurse kata anak jaundice tak leh makan jamu. 


Nak try makan pon jadi tak berani. Tapi kali ni nak try jugak herba. Harap serasi lah.


Mommy boleh beli set bersalin ni sebab ada promosi. RM240 termasuk pos.


Lagipon mommy memang ikuti perkembangan Siti Aishah Confinement aka akak Ice.

Apa yang ada dalam set ni & kegunaannya:


Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
Ia merupakan anti septic yang dapat membantu mencuci kotoran, menghilangkan bau busuk, anti fungal, cepat menyembuhkan luka bersalin dan menyembuhkan buasir yang disebabkan oleh proses meneran ketika bersalin. Membantu mengeluarkan darah nifas sepenuhnya semasa 2 minggu berendam. Darah nifas yang tidak habis keluar akan mengundang masalah hormon pada masa akan datang (penyakit melunai). Jika tidak diubati penyakit ini akan berlarutan.


Akar Herbanika - 10 paket
Umpama ubat periuk yang digunakan secara tradisional - khasiat: dpt mengeluarkan darah dan memperbanyakkan susu. Zaman sekarang ramai yang nak cepat darah kering dengan rawatan injection selepas 2 minggu darah dah berhenti, akibatnya mudah diserang penyakit hormon atau lebih dikenali sebagai angin meroyan


Krim Herbanika Barut
Dapat membantu mengembalikan bentuk tubuh wanita, mempercepatkan aliran keluar darah kotor, mengecutkan pinggang, melembutkan urat-urat pinggang dan punggung. Jika mengalami kegatalan semasa menggunakan bersama bengkung, berhenti sekejap berbengkung dan sapuan herbanika barut. Hanya guna minyak herbanika sahaja. Ini adalah kerana kotoran yang keluar dari liang roma dan angin meroyan resdung yang banyak keluar.

Minyak Herbanika - 100 ml
Sapuan seluruh badan untuk melembutkan urat yang tegang semasa proses peneranan melahirkan anak, secara normal. Semasa mengandung juga proses pembesaran bayi akan menekan atau menghimpit urat-urat pinggang. Amat baik digunakan untuk luka jahitan bersalin, juga disapukan dibahagian kulit kepala pula untuk keluar angin terutama dibahagian ubun-ubun dan sapuan di seluruh badan.

PhytoNatal - 90 biji
Ia dapat menseimbangkan hormon wanita (estrogen/progesterone - iaitu hormon wanita mengandung). Jika hormon ini tidak diseimbangkan semula maka berisiko tinggi mendapat masalah meroyan. Dicadangkan diambil bersama dengan Akar Herbanika.

Herbanika Lulur - 100gm
Digunakan untuk masalah kulit semasa mengandung. Pertukaran hormon selalunya berlaku dan akan timbul tompok hitam pada kulit. Elok digunakan selepas mandi, agar bahan lulur akan meresap ke liang roma untuk menghasilkan kulit yang lembut. Semasa proses melahirkan anak, sebaik sahaja anak keluar, angin akan masuk disemua permukaan, tapak kaki (terutamanya di ibu jari. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan bahagian betis, celah peha dekat kemaluan boleh pecah urat-urat halus. Oleh itu, perlu dilulur sehingga urat kemaluan celah kelangkang.

Haaa mommy irra ni penculas orangnya. Please dear jangan nak bazir-bazir dah beli mahal-mahal ni. :P

14 comments:

  1. Lepas pakai mesti DaddyG suka ~~
    :) Akak add saya kat fb boleh?

    ReplyDelete
  2. "Nurse kata anak jaundice tak leh makan jamu." .... xfaham pcl istilah jaundice..jap lg google.

    ReplyDelete
  3. owh demam kuning ...jaundis :)

    ReplyDelete
  4. Dulu ada gak ni masuk dlm list aida. But at last amik set jenama lain ...

    ReplyDelete
  5. hahha. nani pun baru tahu kuning tu bahasa saintifiknya jaundis

    ReplyDelete
  6. dh get ready smuanya yaa... semoga smuanya dipermudahkn kak irra :)

    ReplyDelete
  7. Dah ready semua barang ni Kak Irra. Semoga semuanya dipermudahkan. :)

    ReplyDelete
  8. Please dear jangan nak bazir-bazir dah beli mahal-mahal ni.. Hehehe tu mesti daddyG yang cakap tuuu..Jangan lupa makan tau ... Jangan membazir ya Irra..
    #exchangefeedgroup

    ReplyDelete
  9. perlu jaga kesihatan selepas bersalin :)

    ReplyDelete