Alergik aiskrim - ibu hamil jaga pemakanan


Kesan alergik terkena aiskrim


Aiskrim yang terkena pada mana-mana bahagian kulit Anis Insyirah akan memberi tindak balas yang sangat cepat.

Betapa banyak bahan kimia, pewarna, emulsifier dalam aiskrim. 

Dah tahu ada alergik kenapa bagi makan jugak? Bagi ja la dia makan, supaya immune system badan dia perlahan-lahan menjadi kuat. Mommy bukan bagi banyak pon. 


Alergik dengan aiskrim ni hanya akan berlaku jika aiskrim tu terkena pada kulit. 


Dalam gambar tu, tangan Anis Insyirah yang ada aiskrim sentuh perut. Mommy pula lambat basuh tangan dan tak perasan Anis Insyirah dah menggaru perut. 

Motif mommy kat sini adalah untuk menyeru semua ibu yang sedang mengandung menjaga pemakanan semasa baby dalam kandungan lagi. 

Punca penyakit daripada genetik keluarga adalah hanya 10% sahaja, maka 90% lagi adalah daripada daripada gaya pemakanan harian kita.

Untuk makluman semua juga, 90% makanan proses yang ada adalah makanan yang tidak sihat. Hanya 10% makanan proses yang sihat dan ia merupakan makanan organik. Makanan organik pula susah nak diperolehi dan harganya lebih mahal. 

Tapi anda sebagai seorang ibu akan sanggup buat apa sahaja untuk pastikan anak sihat. 

Mommy dulu tak tahu apa-apa. Tapi bila dah merasa anak menghadapi ekzema, mommy berubah. Padahal dulu tak tahu langsung apa itu ekzema. 

Selagi tak kena boleh la cakap macam-macam. Dah kena, nak patah balik memang tak boleh dah. Kena hadapi dengan sabar dan tabah. Berdoa agar semua nya berakhir. 

Sejarah ekzema Anis Insyirah ada mommy ceritakan daripada hari pertama lahir sehingga ekzema dah baik. Sekarang tinggal alergik sahaja.

Alergik pada badan Anis Insyirah dalam gambar tu hilang selepas sejam.

10 comments:

  1. yaALLAH kesiannyaaa .ermm first time tgk alergik askem

    ReplyDelete
  2. Take care Mommy Irra...
    Anis Insyirah kene kuat yea cayang...

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah anis semakin kuat utk bina imun sistem badan. Smg ank2 kita cepat sembuh dari ekzema dgn baik..

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn irra. Hamil x hamil tetap kene jaga makan. Bila dah ada anak ekzema lg la concern bab mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Suami irra pon jaga makan. Dia boleh je, kenapa org lain tak boleh

      Delete
  5. anis insyirah makin kuat..aminn.. :)

    ReplyDelete
  6. mmg derita skt enzema nihh..ummul slh seorang drnya..insyallah akn ikut semua info yg irra bg

    ReplyDelete