Ekzema | Air Kelapa Muda


klik gambar untuk mengetahui lebih lanjut khasiat air kelapa

Salam, semalam mommy dah share petua pertama cegah ekzema semasa kehamilan iaitu tinggalkan kekacang. Hari ini petua kedua adalah amalkan minum air kelapa muda. Haa kenapa air kelapa muda? 

Menurut en Nizam Herbalist, air kelapa berfungsi untuk mencuci darah. Makanan seharian kita sekarang banyak tercemar. Segala sayuran diletak baja kimia. Ayam dan lembu disuntik vaksin dan antibiotik. Segala buah-buahan di peram dengan karbait supaya tahan lama. Berapa banyak bahan kimia yang telah memasuki badan/darah kita melalui makanan? 

Air kelapa merupakan minuman beralkali. Sebab tu la orang tua-tua kata elok amal air kelapa muda semasa hamil. Sebabnya air kelapa ni akan membantu meneutralkan asid-asid yang kita ambil dari makanan. Hebat kan الله cipta air kelapa. Dah la sedap pulak tu.

Selain itu, air kelapa juga menjadi ubat demam mommy. Sekarang ni mommy dah tak ambil apa-apa dadah apabila sakit. Paracetamol tu dadah la. 

Trend masa kini, bila anak demam/sakit, terus kita bawa g klinik. Bagus la kita adalah parent yang alert dengan anak. Namun begitu, tahukah anda bahawa bayi (0-24bulan) tidak boleh diberikan sebarang ubat? Jadi bagaimana? Apa yang harus kita lakukan apabila anak sakit seperti selsema, demam, atau naik ruam?

Mommy sendiri pernah buat silap. Dan sekarang mommy belajar dari kesilapan tersebut. Maka di sini mommy nak ibu-ibu dan ayah-ayah di luar sana, belajarlah memahami anak anda. 

Apabila anak anda demam. 
-kawal suhu anak anda. Pastikan suhu terkawal dan menurun(kebah). 
-mandikan anak dengan air asam jawa/air daun dan bunga raya
-jelum/basahkan celah2 pelipat anak dgn air asam jawa/air daun dan bunga raya
-jangan pakaikan baju tebal2. Tak pakai baju lagi bagus.
-bakar bawang putih, kemudian lenyekkan dengan olive oil dan sapu di tapak kaki baby. Pakaikan stokin.
-bagi anak anda minum air kelapa. Minum suku cawan air kelapa 2x sehari untuk menyejukkan dalaman anak anda.

Apabila anak anda naik ruam.
-kerapkan mandi anak anda. Berpeluh akan menyebabkan ruam menjadi miang dan gatal
-sapu bedak sejuk supaya menyerap peluh. Mommy guna bedak batu nasila.
-jangan sapu apa2 ubat kerana dadah/chemical akan merengsakan kulit dan memburukkan lagi keadaan.(boleh menjadi ekzema) T_T

Sekiranya demam berlarutan baru bawa anak pergi klinik untuk check darah dll. Sebenarnya demam tu bagus. Baby tengah build up immune system bila demam. Demam juga menunjukkan respon badan terhadap sesuatu bendasing seperti tumbuh gigi. Badan terkejut sebab ada bendasing(gigi). Anak-anak mommy alhamdulillah takde demam sebab tumbuh gigi. Merengek-rengek sikit tu ada la. 

Sekarang ni pon mommy, Anis Insyirah dan Adam Rayyan masih menjadikan air kelapa muda sebagai satu amalan. Lebih-lebih lagi apabila makan di luar rumah. 

As mom, kita bukan pandai-pandai jadi doktor. Sebenarnya kita lah doktor peribadi buat anak-anak. Kita perlu tahu dan belajar pasal natural remedy dan tahu akan baik buruk ubat yang diberikan doktor kepada anak kita. Di sini kita bukan saja jadi doktor google. Malah kita perlu rujuk kepada yang pakar. Contoh mommy menggunakan rawatan herba maka mommy merujuk kepada herbalist. 


Ceritera irrayyan hari ini. Hari yang panas. Pokok bunga ros mommy pon dah kelayuan. Harap la bunga ros mommy dapat bertahan. Mommy tak amik gambar bunga. Gambar anak wajib. Hehehee si teruna dan si dara mommy daddy. 




Mommy Irra,
16/7/2014

7 comments:

  1. owh boleh mencegah semasa hamil lagi. tips ekzema yang baik ni.
    Betak batu nusila tu tak dijual kat blog ini ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ada genetik penyakit autoimmune: asma/alergik/ekzema/resdung , potensi baby kena ekzema ada. so kena cegah semasa hamil lagi.
      dah ada org tanya ni boleh la saya menjualnye..hihi..bedak batu nasila kalau beli kat kedai tu mcm campur pewangi,,pastu mahal sama..kalau minat boleh beli ngan irra. nanti ira buat satu entry pasal bedak batu nasila :)

      Delete
  2. Replies
    1. sedap sangat!! hihi
      kalau kat kampung syok..amik kat pokok saja..
      kat kedai makan sebijik rm4. kalau kedai mamak rm3.50...pegi gerai air kelapa boleh dapat rm3.. stok dah xde ni..nak kena g cari la air kelapa...elok minum air kelapa tuk sejukkan badan...tambah cuaca panas ni

      Delete
  3. air kelapa mmg best... klu buat coconut shake lagi sedap huhu tp kuranglah khasiatnya bila dah jadi shake.

    ReplyDelete
  4. Khasiat coconut shake tu kurang sebab tambah gula jela..klu xletak gula dh baik sangat..hihi

    ReplyDelete
  5. Sedapnya air kelapa muda...ni tengah panas ni terliur pula. Tapi Zarith suka yang pure, beli sebiji tanpa letak gula, masuk dalam peti ais sekejap baru minum..hihi

    ReplyDelete