Ekzema | Cegah Ekzema Semasa Hamil


Salam, sedikit perkongsian kisah ekzema Anis Insyirah. Mommy daddy tau Anis Insyirah kena ekzema setelah kami rujuk ke Dermatologist Hospital Serdang. Sehari sebelum tu kami ke klinik panel tuk rawatan susulan(kali kedua) berikutan ruam Anis Insyirah yang semakin memburuk. Doktor kata ruam susu dan hanya bagi krim akues. 

Dermatologist terangkan apa itu ekzema. Mommy pon tak ingat dah apa doktor cakap. Mommy jumpa doktor pakar ni 31/10/2013. 7bulan setengah yang lepas. Ingat la sikit2.

Ekzema ni adalah penyakit kulit kronik. Puncanya persekitaran dan faktor genetik. So memandangkan mommy sendiri ada asma semasa bayi sehingga berusia 12tahun, jadi masa ni mommy terima lah bahawa Anis Insyirah dapat ekzema kerana faktor genetik.

Cadar/sarung bantal kena tukar setiap hari. Maksudnya hari2 kena basuh. Kerja bertambah. Rumah tak boleh berhabuk. Kain baju anis yang jatuh ke lantai dah tak boleh pakai. Kebersihan boleh dapat A+ lah masa ni. 

Masa ni air mata amat murah. Sapa nak tgk anak sakit. Ibu mana suka bila anak sakit? So, untuk entry ni mommy nak tekankan satu perkara penting buat ibu mengandung: hentikan pengambilan biji kacang-kacangan. Kenapa tak boleh makan kacang-kacang ni? Sebab kacang-kacang ni mempunyai high natural aflatoxin. 

Makanan apa yang ada aflatoksin? 
1.biji kacang-kacangan
-kacang tanah
-kacang kedelai(bahan asas dalam kicap, tauhu, tempe)
-pistachio
-bunga matahari
2.rempah ratus
3.serealia
-gandum
-padi
-jagung

Aflatoksin adalah penyebab kanser hati. Selain itu, penurunan sistem imun tubuh dan gangguan terhadap metabolisma protien. 

Bila ibu mengandung amik aflatoksin, ia akan disalurkan ke baby. Aflatoksin akan meningkatkan alergik baby. Irra baru teringat masa preggy Irra jual kuah kacang. So seminggu tu 3-4x jugak lah makan kacang. Dan bukan makan sikit-sikit je. Doktor Anis Insyirah kata "Kacang tanah paling tinggi aflatoksin. U amik kacang letak bawah microscope u akan nampak kulat saja dekat kacang tu". Allah. Mommy taktau sayang. Maafkan mommy sayang. 

Selain elakkan kekacang, sila lah amalkan diet seimbang dan pemakanan sihat sepanjang kehamilan. Rempah ratus dan serealia tu kebiasaannya kita amik tak banyak pon dan insyaAllah tak menjejaskan apa-apa.


Ceritera irrayyan hari ini. Aktiviti mommy adalah buat spa full package kat daddy. Dari lulur badan, spa rambut, facial, manicure and pedicure. Seronok lah daddy! Hihi

#alhamdulillah . Sejak dah sihat ni adik suka melepak ikut suka hati di mana saja. Kat tangan dia tu ada wayar hard disk daddy. Baby seusia ini memang suka tarik/main wayar kan.


Abang request nak pakai inai. Lepas satu jari, nak jari lain lagi. Sampai habis semua jari berinai. Elok dah siap, dia pon gatai la nak suh basuh. Elok sangat lah tu. Muka minta basuh dengan tangan rupa gitu macam hahahahhaaaaantuuuuu sudaaa..


Anak bertuah ni dapat uncang teh. Bila mommy daddy ralit, dia mesti dapat sesuatu. 


Petang keluar daddy belanja KFC. Tq daddy!


Malam aunty nurul, uncle topek & adlina datang. Tq bagi Anis Insyirah soft dictionary. Anis Insyirah tak bagi kerjasama langsung bila mommy nak amik gambar. Huhuu



Mommy Irra,
15/7/2014

9 comments:

  1. Perkongsian ini baik. Mungkin berguna bagi ibu yang baru sahaja menerima anak sulong yang mungkin mengalami ekzema dan boleh menjadi rujukan cara rawatan, apa yang perlu dielakkan dan sebagai. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih support pasal ekzema ni. yup akan dikongsi bersama. ramai yang tak tahu. dulu kami pon xtahu. huhuu semoga ia dapat membantu

      Delete
    2. perkongsian bab ni jarang dijumpai. teruskan mungkin membari manfaat pada ibu bapa baru. Anak arz pun macam ada ekzema masa kecik tapi sikit saja

      Delete
    3. kalau xusik dengan steroid/drug/chemical mmg xjadi teruk..sekadar ruam biasa ja...yg ni ja org xtau..kami pon sama masa tu...kalut nak bawak jumpa doktor saja..benda pon dah lepas...boleh dijadikan iktibar di masa hadapan

      Delete
  2. Haii.. cakkk..
    done follow sini no.12..
    jom follow me back.. leh kita saling kunjung-mengungjung pasni kan..
    salam kenalan yea.. =)

    http://tengkubutang.blogpsot.com/
    kalau minat kucen meh le follow sini jugak..
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    mekasih.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii...tq follow irra...dah follow balik dah... :D
      salam kenalan.. thank you :)

      Delete
  3. serius baru tahu puncanya.
    kacang tanah kena elakkan ye.
    thanks berkongsi..
    sbb blm pernah lg bc entri berkaitan ekzem ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..herbalist melayu dan herbalis cina, dua2 kata kacang2 meningkatkan alergik..dulu-dulu kita xde pendedahan pasal ni..ira pon baru tau..huhuuu semoga sedikit info ni bermanfaat buat semua ibu2 mengandung

      Delete