Ekzema | Khasiat Susu Kambing



Assalamualaikum dan salam sejahtera, disebabkan hari ni mommy beli susu kambing segar nubian(seperti gambar di atas), maka topik hari ini adalah khasiat susu kambing.

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti-penuaan, anti-arthritis serta anti-barah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. 

Antara kebaikan lain susu kambing ialah:
-Tidak menyebabkan alahan.
-Membantu sistem imunisasi tubuh.
-Bersifat alkali.
-Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
-Membantu sistem penghadaman.
-Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
-Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.

Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
  > Protein 2.1 kali ganda
  > Kalsium 2.2 kali ganda
  > Zat Besi 2.0 kali ganda
  > Potasium 2.1 kali ganda
  > Vitamin A 3.8 kali ganda
  > Garam Galian 2.0 kali ganda
  > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

-Molekul lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
-Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
-Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.


Yang bagus lagi Nubian ni ada delivery sampai pintu rumah. Harga sebotol rm5. Mommy beli kat tesco/giant je. Adam Rayyan pon dah berminat dengan susu kambing. Mula-mula mommy try susu kambing ni Adam Rayyan tak suka. Tapi dia tengok mommy minum sedap gamaknya. Terus jatuh minat dan berebut dengan mommy. Berebut tu yang best rasanya. Hihihi

Yang mommy "bold" tu sebab Anis Insyirah ada ekzema dan full breastfeeding. So mom yang kena diet alkali: minum susu kambing & sesekali makan khabsah lamb. 


Ceritera irrayyan hari ni. Seperti yang mommy janji semalam, hari ni nak pergi jalan-jalan. Pukul11 baru bangun anak bertuah ni. Isi tangki dulu. 


Cuaca panas ni kena banyak minum air kosong. 


Yeay! Jom jalan-jalan! :)
Eh? Mana daddy?


Konon mommy nak makan yee mee di food court tesco. Bila da start makan, adik pulak buat hal. Pujuk la macam2 cara tak berjaya. Lagi kuat dia menangis. Mommy dan abang makan baru suku dah kena tinggal makanan tu. Sempat lagi berselfie lepas cuci tangan Adam Rayyan.


Bawa masuk tesco, diam pulak. Adik kenal la tempat ni kan. 


Siap bergaun lagi si kecik ni. Hihihi mommy ada misi kejap lagi.


Mengamuk lagi. Taknak duduk dalam trolley. Pastu mommy dukung dgn ssc terus tidur. Memang time tidur Anis Insyirah. Itu pon mommy taktau ka? Opsss ingat bawa g jalan seronok lupa dah nak tdo :P


Keluar tesco singgah padang kat Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Ni la misi mommy nak photoshoot anak-anak.  


Model susu kambing ke? :D


Abang dan adik. Semoga membesar dengan sihat ya. 


Mood dia memang takde langsung ni. Senyum pon tak. 


Ok lah. Tu saja hari ni. 


Mommy Irra,
22/6/2014

8 comments:

  1. BAnyak sangat perkongsian yang bagus di sini.. Ros akan ambil masa untuk habiskan pembacaan di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ros. Semoga bermanfaat buat semua.

      Delete
  2. pcl selalu minum susu kambing bila singgah kedai mamak ; oder capati sekali lah dgn susu..., kiranya mamaD , Hanis n Nina pun sekali lah jemaah minum susu kambing.. tak tau pulak ada jual brand Nubian Goat Milk ni kat tesco.. agak2 sebotol tu banyak mana ye Irra ?

    suka la ea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru masukkan gambar botol. Fresh goat milk ada banyak brand jugak. Tapi yg ni paling senang la sebab kitaorg mmg beli keperluan rumah kat tesco/giant..sebotol 200ml..ada kawan irra tu mmg order delivery je nubian ni...kena beli banyak2 la camtu..klu nak boleh gtau irra..irra boleh bg contact number

      Delete
  3. Oo..ye ke..baru tahu..akak tak pernah try..tapi daging kambing mmg akak tak mkn..tapi yg kesiannya bila musim panas ekzema pun jadi aktif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu irra pon tak makan daging kambing. sejak anis insyirah ekzema, kambing je boleh makan. bila panas ni memang memberi kesan dekat baby ekzema. semoga anis kuat.

      Delete
  4. suka juga minum susu nubian ni.beli dkt tesco jga.kdng kdngbeli dkt farmasi dkt rumah ni je.

    *ala, ciksu tak usre la ira, tapi rasanya x blh kot jgg tongkol tu sbb dia masih lembab kan.ini guna biji jagung kering. klau nk try boleh la, beli yang tongkol pastu try jemur. kena pastikan kering la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa baca ni baru teringat xbeli jagung td...huhuhuu

      Delete