DaddyG message di Telegram:

"syg.. i kena p karnival pengajian tinggi kt stadium alor star 29-31/1. so u nk blk kg ka mcm mana?"

Apa lagi jawapan mommy. 

"Nak"

Ahaaa sekarang mommy kat kampung. Rezeki mommy dapat jumpa mak dan abah. Mommy sampai rumah pukul 8 malam hari Khamis. Perancangan nak balik hari Ahad malam. Sebab sayang Adam kena ponteng kelas. 



Dapat la anak-anak spend masa banyak dengan sepupu-sepupu. 



Ikut ibu jalan-jalan ke Pekan Baling. 


Lepak-lepak depan rumah tok. 


Seronok. Seronok. Seronok. Minggu depan kita jumpa Tokma dan Tokbah pula ye.
27 Januari 2016 yang lalu, mommy ada lancarkan Segmen irrayyan | Sejarah Blog selama 24 jam dan mommy panjangkan menjadi 48 jam. Pada yang tak sempat join boleh join segmen mommy seterusnya dalam minggu hadapan. Mommy sengaja buat Segmen irrayyan | Sejarah Blog dalam tempoh masa yang pendek. Akan tetapi mommy merancang mengadakan banyak segmen berkaitan blog. 

21 Penyertaan Segmen irrayyan | Sejarah Blog

Alhamdulillah. Terima kasih kepada 21 blogger yang menyertai segmen mommy ni. Semoga ukhuwah di alam maya antara kita berkekalan dan mudah-mudahan bertemu di alam realiti. 

Segmen irrayyan | Sejarah Blog
Segmen irrayyan | Sejarah Blog

1. http://www.kasihjuju.com

2. http://seindahcerita.blogspot.my

3. http://www.nurfuzie.com

4. http://noradzwatyrokkafella.blogspot.my

5. http://rianalittlecuties.blogspot.my

6. http://shehanzstudio.com

7. http://imahamdan.blogspot.com

8. http://mulan-sahbanu.blogspot.my

9. http://www.azlindaalin.com

10. http://www.yanieyusuf.com

11. http://www.nazlee.com

12. http://www.sayidahnapisah.com

13. http://huhahuhajerr.blogspot.my

14. http://www.azirahman.com

15. http://www.masturadin.com

16. http://suriaamanda.blogspot.my

17. http://www.khatyaiman.com

18. http://www.dramaticuniq.com

19. Http://yoorinmelacolea.blogspot.my 

20. http://alongwawaerna.blogspot.my

21. http://www.fiezasani.xyz

Tak kira lah kita blogger lama atau blogger baru, semoga kita semua berjaya menjadi blogger yang memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling. 

Jangan lupa singgah blog yang join segmen ya! Yang jauh kita dekatkan. Yang dekat kita rapatkan. Sama-sama kita muafakat. Semoga sejahtera aman damai.
Adam Rayyan ni obses dengan lego. Hari-hari Adam Rayyan akan main lego. Adam Rayyan obses dengan dinosaur juga. Hari-hari Adam Rayyan akan buat dinosaur lego. 






Imaginasi Adam Rayyan tinggi. Sampai daddy tanya siapa yang buat tu? Haha tak percaya ke anak daddy yang buat?

Banyak lagi lego dinosaur yang mommy tak ambil gambar. Lepas ni mommy nak ambil gambar dan buat satu album "Dinosaur by Adam Rayyan" lah. Hehe semoga ia bukan sekadar cakap kosong ya mommy! 
Dah lama mommy merancang nak buat segmen. Segmen irrayyan yang terakhir mommy buat adalah Segmen irrayyan Hari Malaysia 2015 dengan 45 penyertaan rakan blogger. Penyertaan dari rakan-rakan blogger akan memeriahkan lagi segmen ini. Untuk segmen pertama tahun 2016 adalah Segmen irrayyan | Sejarah Blog . Sebelum anda join Segmen irrayyan | Sejarah Blog, mommy nak bagi syarat dulu. 

Syarat Segmen irrayyan | Sejarah Blog

1. Follow blog irrayyan
2. Buat satu entri bertajuk "Segmen irrayyan | Sejarah Blog XXX
(XXX = nama anda/blog anda)
3. Masukkan banner di bawah dan link kan ke entri ini.
Segmen irrayyan | Sejarah Blog
Segmen irrayyan | Sejarah Blog

4. Buat entri mengenai sejarah blog anda melebihi 300 patah perkataan. SEO yang bagus adalah jumlah perkataan dalam sesuatu entri melebihi 300 patah perkataan.
5. Tinggalkan url anda di ruangan komen entri ini. Mommy nak g baca entry korang nanti.
6. Tarikh tamat segmen ini adalah 24 jam selepas entry ini dipublishkan (Publish 27 Januari 2016 | 12:30). 29 Januari 2016 Jam 12:30 tengahari. 
7. Penganjur berhak menukar syarat dan sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Sejarah Blog MommyIrra

Entry pertama irrayyanDotCom adalah pada 8 Mei 2014 dan dengan bangganya tarikh tersebut mommy tetapkan sebagai tarikh kelahiran blog irrayyan. Jadinya irrayyandotcom telah menyambut ulangtahun yang pertama pada 8 Mei 2015. Kini irrayyandotcom telah mencapai usia 1 tahun 8 bulan 19 hari.

Bagaimana tercetus idea membuat blog?  Sebelum mommy aktif dengan blog, mommy aktif dengan facebook. Hari-hari mommy akan update di facebook. Pada masa itu, Anis Insyirah anak kedua mommy mengalami ekzema. Jadi segala perkembangan ekzema Anis Insyirah mommy akan ceritakan di facebook.

Sehingga suatu hari, kawan mommy kata "Irra, daripada kau update dekat facebook, baik kau buat blog. Cerita di blog. Boleh juga buat side income." Mommy mengambil masa juga memikirkan apa yang kawan mommy cakapkan tu dan cuba kongsikan dengan suami. 

Mommy mengambil keputusan untuk mencabar diri sendiri. Mommy bukanlah seorang yang melakukan sesuatu secara konsisten. Kemungkinan besar blog ini akan berhenti separuh jalan. Tapi mommy menyahut cabaran di samping sokongan kuat dari suami. Suami lah yang buatkan blog dengan template yang sesuai. Suami juga yang memastikan blog sentiasa kemas, ringan dan teratur. 

Apa yang ditulis pada blog 99% di pantau oleh suami. Pada mommy, restu suami yang akan menentukan kejayaan mommy. Bila masa mommy jarang mengupdate blog, suami akan mengingatkan. "You dah update blog?". 

Mommy ada juga la tak berkesempatan update blog akibat dari masalah kesihatan atau kesibukan terlampau. Kesihatan akan mempengaruhi mommy daripada mengarang ayat. Memang takkan siap entry atau mommy tak boleh langsung nak hadap blog sebab tak sihat.

Nama irrayyan adalah nama gabungan nama irra dan rayyan. Anak lelaki mommy yang seorang tu namanya Adam Rayyan. Rayyan terhasil dari nama daddyG iaitu Rafhan yang dibuang f dan h dan di ganti dengan y. Anak perempuan mommy pula mempunyai surname "Insyirah" yang ada nama panggilan mommy iaitu "ira". Itu lah sejarah nama blog yang diberikan oleh daddyG.

Jadi, sejarah irrayyandotcom takkan tercipta tanpa suami tercinta! Bagaimana pula sejarah blog anda? Jom kongsikan.
Zaman serba canggih ada jual ayam segar delivery depan pintu. Ayam bukan sebarang ayam, ayam ini tidak disuntik hormon. Nak bagi anak makan pon senang hati dah. Ini kali kedua mommy beli ayam segar delivery depan pintu pagar jenama ladangku.

Ayam Segar Delivery Depan Pintu

Mommy beli ayam segar tanpa suntikan hormon ni dari kak Aqilah. Kak Aqilah membuat penghantaran ke Bandar Bukit Raja setiap malam Selasa dan Jumaat. Penghantaran juga dibuat ke Setia Alam, Meru, Shah Alam, Bukit Jelutong, Denai Alam dan Putra Height. 

Ayam Segar Delivery Depan Pintu
Ayam Segar Delivery Depan Pintu

Satu bungkus ayam ladangku adalah bersamaan seekor ayam dan berharga RM15. Ayam dah siap di potong.

Mommy suka ayam ladangku sebab ayam ni tak diberi suntikan horman dan juga mommy hanya perlu keluar sampai pagar rumah je. Tak payah tunggu daddyG nak pergi beli dekat Az-zain lagi dah. Elok lah makan ayam tanpa suntikan daripada makan sosej, daging burger atau nugget.

Processed food ni tak elok tapi sedap di makan. Jadi mommy la yang kena kuatkan hati mereka supaya seisi keluarga mommy makan makanan sihat. Mommy kena masak sedap-sedap jugak. Hikhik hancus projek kurus macam ni. Mommy masak kat korang, mommy yang melantak sakan!

Ayam kampung organik adalah lebih baik daripada ayam tanpa suntikan hormon. Tapi harga mahal la. Selalu 2-3 bulan sekali mommy beli ayam kampung organik ni. Lepas ni kita rajin makan ayam ladangku lah. Ayam sampai depan pintu pagar rumah!

Mommy mencari salun rambut untuk potong rambut Adam Rayyan. Pergi mamak Adam taknak. Kebetulan ada satu salun muslimah baru dibuka di dalam kawasan Bandar Bukit Raja iaitu Shaulyna Salun Butik .  Untung ada group whatsapp kawasan Bandar Bukit Raja(perempuan sahaja). Bila ada masalah boleh refer ke group whatsapp tersebut. Di situ juga lah mommy tahu pasal Shaulyna Salun rambut murah.

Shaulyna Salun Rambut Murah Bandar Bukit Raja

Potong rambut kanak-kanak RM6 sahaja. Cuci rambut dewasa RM15. Rambut panjang RM18. Murah sangat kan?

Bandar Bukit Raja
Shaulyna Salun murah dan best

Adam ok sangat dengan Acik Olyn. Mommy hanya cakap nak pendekkan rambut Adam. Mommy pon tak tahu fesyen apa yang sesuai dengan Adam. Asalkan pendek dan kemas. Mommy serah 100% kepada kak Olyn untuk menampakkan kelakian Adam. Haha selama ni orang dok kata girl atau panggil kakak.

Tempat cuci rambut

Salun ni sangat selesa dan kemas. Family friendly di mana Adam, Anis dan Amal seronok bermain.

Suami boleh rehat sambil jaga anak

Korang boleh follow instagram @shaulynasalun untuk mengetahui perkembangan salun kak olyn.

instagram Shaulyna Salun

Taraaaa hasilnya rambut Adam Rayyan.

Rambut dah pendek

Erkk potong pendek? Hahhaa mana ada. Tu sikat ke tepi je. Tengok gambar bawah ni.

Kat rumah baru senyum lebar

Ini gaya k-pop. Ehehee alololooo anak mommy ni memang muka sweet jer Rambut Baru Adam Rayyan
Hari Sabtu lepas mommy tengok Movie Isteri untuk Dijual. Nak keluar jalan, panas. DaddyG kata "Tengok la cerita yang u nak tengok semalam tu.". Jadi mommy tengok la cerita Isteri untuk Dijual sementara anak-anak riuh rendah bermain.

Isteri untuk Dijual

Isteri Untuk Di Jual
Kamal Adli dalam Isteri untuk Dijual

Cerita bermula apabila Si Bella (lakonan Nora Danish) berjaya terpilih menjadi model dan cover majalah company Reza(lakonan Kamal Adli). Pertama kali Reza bertemu Bella, dia dah jatuh cinta. 

Bella menjadi model popular dan bercinta dengan Reza. Akhirnya mereka berkahwin. Bermula episod menarik apabila Reza baru mengenali perangai sebenar Bella. Bella yang pengotor. Bella yang kuat membebel. Bella yang mengongkong. Reza rasa dia bagai dalam penjara selama 6 bulan perkahwinan mereka. 

Teruk jugak la perangai Bella ni. Dah la malas mengemas rumah. Sembur makanan merata. Cerita ni macam nak bagi pesanan; kau jangan tengok muka cantik terus tangkap lentuk. Cantik dan perfect yang kau nampak tu macam palsu bila kenal perangai sebenar. Wahhh sedih la bila orang cantik dilabelkan sebagai orang yang tak senonoh. Korang kena tengok baru tahu sejauh mana tak senonoh si Bella ni. Tapi tak semua orang cantik ni perangai tak senonoh. Kena kahwin dulu baru kenal perangai sebenar pasangan anda. :P

Disebabkan tak tahan sangat dengan perangai isterinya, si Reza minta kawan baik dia pikat si Bella supaya Reza dapat tinggalkan Bella. Senang la kawan si Reza nak pikat Bella bila dia dah tahu segala kegemaran Bella. Reza la bagitahu. Kan Reza nak berpisah dengan isterinya. Hahaha. Macam-macam cerita. Tapi wujud ke kes macam ni?

Apabila Bella baik dengan kawan Reza ni, sedikit demi sedikit perangai Bella berubah. Tapi Bella selalu ingatkan kawan Reza yang dia isteri orang. Sampai la Bella betul-betul berubah, Reza pula rindukan Bella yang dulu. 

Bab yang ni aku pelik la. Aku yang tengok perangai Bella dulu pon rasa macam eee.! Bagus apa Bella berubah? Dan sepatutnya Reza la yang mengubah isterinya. Ramai je orang dah kahwin masih tak tahu mengemas rumah. Ada yang tak tahu memasak. Semua tu boleh diajar asalkan ada kemahuan dan rajin.

Apa jadi bila Bella tahu Reza jual isterinya? Ending mesti la sweet kan. Tapi apa berlaku? Kena la tengok sendiri ya.

Pengajaran cerita ni banyak;

  1. Jangan menilai manusia dari paras rupa. 
  2. Manusia ni mana ada yang sempurna. Jadi kena saling melengkapi. 
  3. Jangan libatkan orang lain dalam masalah suami isteri.
  4. Berterus terang. Jangan pendam masalah. Tak cakap, orang tak tahu.
  5. Jangan guna jalan bodoh untuk menyelesaikan masalah. 

Bila tengok movie atau apa saja yang berlaku di sekeliling kita, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jadikan pengajaran untuk masa akan datang. 
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.
Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januari 2016. 

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-sekian-





Info grafik Kempen Berhenti Makan Junk Food ini dikongsi dalam group Herba dan Pemakanan. Jadi mommy nak kongsikan juga bersama pembaca irrayyan.com

KEMPEN BERHENTI MAKAN JUNK FOOD
KEMPEN BERHENTI MAKAN JUNK FOOD

Kenapa makanan ini amat merbahaya?
  • MSG
    • Pengambilan MSG yang kerap boleh menyebabkan kanser, ketagihan dan lain-lain.
  • LEMAK TINGGI
    • Lebihan lemak mengganggu daya konsentrasi dan menjejaskan fungsi otak
  • PENGAWET
    • Pengawet antara punca utama obesiti dan mengganggu fungsi organ dalam tubuh
  • KALORI TINGGI
    • Kalori yang tinggi menyebabkan risiko yang besar kepada serangan sakit jantung, obesiti dan darah tinggi
  • SINTETIK
    • Bahan sintetik penuh dengan kimia berbahaya penyebab kanser

Mari lah kita sama-sama beringat. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Rambut baru Adam Rayyan. 

Rambut baru Adam Rayyan
Rambut baru Adam Rayyan

Saja la tu buat muka gitu

Rambut baru dari tepi

rambut rabu dari tepi kanan

excited nak ke sekolah

Adam Rayyan

Turun jap, mommy suruh posing ambil gambar

Heheee... ok tak?