Cara Mudah Redeem Dominos Pizza Online

Sejak Dominos ada diskaun 50% dengan kod rahsia, Dah tiga kali mommy order dominos pizza. Bila nk order lagi? Hahahaa

Ni mommy nak bagitau tawaran diskaun 50% Dominos pizza ini hanya sah untuk pembelian melalui online di www.dominos.com.my. Promosi ini tamat pada 16 October 2015. 

Jom tengok cara mudah beli Dominos pizza dengan kod rahsia "AD62". Kod ni boleh diguna berulang kali tau dan hanya untuk pizza sahaja.

1. Masuk ke laman sensawang www.dominos.com.my

www.dominos.com.my
Mobile homepage dominos pizza

2. Login 
Untuk mobile version klik menu button yang ada tiga baris dan klik LOGIN.

Mobile page dominos pizza

3. Masukkan id dan password bagi yang dah mempunyai akaun dominos. Yang belum ada, klik "Sign Up Now"


4. Isi Personal Info dan Address Info.


5. Dah selesai masukkan alamat, boleh la order pizza! Tandakan alamat pilihan(boleh masukkan banyak alamat) dan klik "Start Delivery Order". 



6. Untuk redeem 50% , pergi ke homepage dan ke "Get Coupon?" macam dalam gambar di bawah. Masukkan kod rahsia AD62 dan klik "Go".


7. Boleh pilih pizza pilihan anda.


8. Dah siap boleh checkout. Mommy pilih untuk bayar cash semasa penghantaran. 


Kalau korang nak beli banyak pizza, setiap keping pizza tu pergi ke hompage dan redeem satu-satu. Diskaun 50% ini hanya untuk pembelian pizza sahaja dan promosi ini tamat sehingga 16 Oktober sahaja tau. Ada 5 hari sahaja lagi!


Best giler ada delivery ni. Dah la pizza Dominos ni sedap. Kalau tak sedap takkan la nak repeat kan. Mommy tengah plan nak mengorder lagiiiii...Hahahahaa bukan selalu kot nak makan makan makan,,, Sementara harga separuh je ni.. Setengah jam je pizza sampai depan pagar. Giler best! 

Eh nak tambah! Spageti Dominos pon sedap gilerrr...huwaaaa tak boleh la sedap sedap ni..rasa laju je nak order online lagi ni...

Jom berdominos! 

2 comments: