Bibir mommy jadi sensitif sejak kena cold sore. Boleh baca entry mommy menderita sakit cold sore di bawah:-


Walaupon mommy dah tahu bibir mommy sensitif, mommy tetap nak pakai juga lipstik. Mesti lah nak tampil cantik dalam gambar. Sendiri nampak diri cantik dah satu motivasi buat diri sendiri. Tak perlu nak fikir cantik untuk orang lain.

Mommy with new BFF, Bare Nuhcessities Baby Balm

Sekarang ni, tiap kali bibir mommy jadi kering, mommy sapu Bare Nuhcessities Baby Balm. Banyak kegunaannya. Boleh guna seisi keluarga. Jadi untuk mommy, selain sapu pada ekzema yang meradang, mommy jadikan baby balm sebagai lip balm.

Bare Nuhcessities Baby Balm

Sapu Bare Nuhcessities Baby Balm pada bibir kering

Bare Nuhcessities Baby Balm boleh jadi lip balm

Kalau bibir mommy pakai lip balm macam pucat saja. Mommy tetap nak juga sapu lipstik. Kemudian, kalau lipstik tu tak sesuai dengan mommy, menghadap lah sakit bibir semula. Itu lah orang yang degil. Haha... Bare Nuhcessities Baby Balm kan ada..
Baby Ayra hanya ada gambar pada hari ke 3. Hari pertama 9 minit, mommy jumpa Ayra dalam Labour Room. Dalam Labour Room tak boleh bawa handphone. 

Hari kedua mommy tak dapat jumpa Ayra yang berada di NICU. Ayra on antibiotic sebab mommy on antibiotic. 

Mommy pula tak dapat turun NICU sebab belum 24 jam selepas operation Hematoma. 

Ayra Day 3
Baby Ayra Day 3

Ayra Day  4
Baby Ayra Day 4
 
Ayra Day  5
Baby Ayra Day 5

Ayra Day  6
Baby Ayra Day 6

Ayra Day  7
Baby Ayra Day 7
Baby Ayra Day 7

Ayra Day  8
Baby Ayra Day 8

Ayra Day 9
Baby Ayra Day 9
Baby Ayra Day 9

Ayra Day  10
Baby Ayra Day 10
Baby Ayra Day 10

Ayra Day  11
Baby Ayra Day 11

Ayra Day  12
Baby Ayra Day 12
Baby Ayra Day 12
Baby Ayra Day 12
Baby Ayra Day 12

Ayra Day  13
Baby Ayra Day 13

Ayra Day  14
Baby Ayra Day 14

link

Ayra Day  15
Baby Ayra Day 15
Baby Ayra Day 15
   
Ayra Day  16
Baby Ayra Day 16

Ayra Day  17
Baby Ayra Day 17
 
Ayra Day  18
Baby Ayra Day 18
 
Ayra Day  19
Baby Ayra Day

Ayra Day  20
Baby Ayra Day 20
Baby Ayra Day 20
  
Ayra Day  21
Baby Ayra Day 21

Ayra Day  22
Baby Ayra Day 22
 
Ayra Day  23
Baby Ayra Day 23

Ayra Day  24
Baby Ayra Day 24

Ayra Day 25
Baby Ayra Day 25

Ayra Day  26
Baby Ayra Day 26

Ayra Day  27
Baby Ayra Day 27
  
Ayra Day  28
Baby Ayra Day 28

Ayra Day  29
Baby Ayra Day 29

Ayra Day  30
Baby Ayra Day 30
 
Ayra Day  31
Baby Ayra Day 31
Baby Ayra Day 31

Setiap hari ada gambar Ayra untuk mommy rakam perkembangan anak mommy dari lahir. Bila rindu boleh buka blog. 
Sebenarnya, mommy taknak ingat dah pengalaman kelahiran ke-4 ini. Tapi nanti lupa terus pula. Boleh la Ayra baca pengalaman melahirkan dia.

6.54 petang, 11 Mac 2019; air ketuban pecah ketika mommy sedang bercangkung nak ambil barang dalam laci.

Mengikut pengalaman pertama dan kedua, akan ada bunyi "pop" semasa air ketuban pecah. Barangkali mommy dah memang tengah buka ruang kat bawah tu(bercangkung), mommy hanya rasa ada air nak keluar. Sempat pekup dengan tangan sebelum sambar bakul sampah. Itu yang paling dekat.

Kebetulan Adam jemur kasut dalam bilik mommy. Kasut tu terlapikkan kotak. Mommy buat lapik guna kotak tu juga.

Mommy terus bagitahu daddy dan minta daddy balik segera. 

Sementara tu mommy beri arahan kat anak-anak ambilkan baju dan seluar mommy. Kain batik yang mommy pakai dah basah lencun. 

Dah siap pakai lengkap dengan tuala wanita, mommy mulakan kerja. Cari baju sekolah anak-anak dan semua keperluan letak depan pintu. Pagi tadi mommy rajin iron semua baju untuk satu minggu. Macam tahu dah tiba masanya.

Baju sekolah seminggu

Masa ni tak ada sakit lagi. Boleh siapkan anak-anak dan makan malam. Selesai semua baru hantar anak-anak ke rumah jiran.

9.00 malam; Tiba di Hospital Shah Alam. Mommy nampak tak sakit. Ya memang tak sakit. Nurse pon buat lambat-lambat. Orang dah tak sabar nak beranak ni.

9.47 malam; Baru naik tempat menunggu  dewan bersalin, PAC. 

10.50 malam; Doktor buat VE(vaginal examination) atau orang sebut kena seluk. Tengok cara tukang seluk juga la. Ada yang buat tak sakit. Ada yang sakit. Ada yang sakit gila. So rezeki masing-masing la nak dapat yang macam mana. Haha. 

Apa yang mommy buat dalam PAC tu? Duduk, berjalan, menunggu, berulang ke bilik air. Sehingga lah berlaku tragedi handphone Honor View 20 mommy masuk dalam lubang jamban jam 11.56 malam. Hahahahhaa

Daripada menahan sakit, terkejut handphone jatuh terus tak sakit. Mujur lah air bersih. Air tak banyak. Mommy cepat ambil handohone dan cuci-cuci. Teruk benar hang irra! 

Nurse kata minta suami belikan makanan. Kat sini tak disediakan makanan. Mommy order mcD.

Tengah malam, fastfood je la

Bila dah pakai baju seragam pokadot, dah tak boleh keluar dari Hospital. Sepatutnya mommy dah warded tapi katil penuh. Kena la menunggu dia ruangan menunggu. Cuma ada beberapa katil lipat. Kalau kosong boleh baring.

Katil lipat

Tapi tak selesa nak baring apabila dengar orang sebelah mengerang kesakitan. Dah kau belum sakit kan. Haha.

Me n hubby

Mommy ni pula, bila lepak dengan daddyG baru ada contraction. Bila masuk dalam PAC, tak sakit. Adeh! Bila nak beranak ni kalau tak sakit.

4.45 pagi, 12 Mac 2019; Doktor pasang branula.

Haih susah la nak bergerak bila dah pakai branula

Mommy masih di PAC, maka daddy la kena belikan breakfast. Daddy belikan nasi lemak kerang untuk isterinya yang tak makan kerang. 
Nasi lemak kerang
12.55 tengahari; Doktor cucuk branula sebelah kanan sebab yang sebelah kiri tak boleh masuk ubat. 

Sakit tangan lebih, contraction tak ada
Disebabkan air ketuban pecah lebih 18 jam,mommy kena on antibiotic 4 jam sekali.

Kali ni doktor cucuk sampai 2 tempat tangan sebelah kanan. Sekali masuk jarum, darah tak keluar. Kali kedua baru ok. Doktor cuma kata "Maaf ya puan". Huhuuu sakit tetap sakit.

4 petang; Mommy dapat naik wad. Kipas kuat bukan main. Bila dah naik wad, baru mula sakit. Aduh! Dah la seorang diri. 

4.30 petang; Tukar katil masuk bilik ada aircond. Sakit makin kuat. Mommy terus call daddy minta datang. 

Tadi seharian kat PAC senyum-senyum sebab tak sakit. Sekarang menangis seorang. Daddy yang baru sampai rumah, datang semula bila si isteri call dia tapi tak cakap. Tahan nangis lah tu.

6.30 petang; Daddy sampai. Minta daddy suap makanan. Orang bukan mengada ya. Sakit.
Makanan sebelum beranak

Minta daddy tolong teman pergi bilik air. Sakit sampai keluar air mata. 

Keluar bilik air, sejuk pula. Terketar-ketar. Sejuk dan sakit. 

7malam; Daddy keluar bila guard sound. Alaaaa i need you. Tapi daddy malas la bila dah kena sound. Dia tinggalkan kita yang terketar-ketar ni. 

Dah kena tinggal dalam sakit, mommy tak tengok handphone dah. Nurse dan doktor silih berganti. Mommy demam. 

Doktor buat VE dah buka 6 cm dan nak hantar mommy ke Labour Room (LR). Nurse minta minta hubungi suami untuk tunggu kat bilik menunggu. 

Update tanya wife dia macam mana

Dah masuk LR, doktor buat VE baru 4cm. Boleh macam tu? Tapi kita dah sakit sangat ni. Dengan demamnya lagi. Nurse seorang suap paracetamol. Nurse lain ambil suhu berulang kali. Nurse lain tuam badan dengan kain basah. Sampai suhu turun.

Doktor pon macam-macam datang. Sampai pakar datang, nak bagi pethadine. Mungkin la sebab bukaan baru 4cm tapi mommy dah seharian tak rehat. Jadi doktor decide bagi ubat tahan sakit. 

"Lepas ni kita panggil suami puan masuk ya."

Lepas dah cucuk ubat tahan sakit, baru daddy masuk lebih kurang 9.30 malam. 

Sakit yang kuat sangat sampai tak boleh tahan menggelupur, mommy jerit panggil nurse. Tapi baru buka 6 cm. 

Sakit yang datang tu sakit sangat. Satu cara yang buat lega, jangan tahan sakit tu. Biar ja kepala baby lalu. Baru rasa lega.

Nurse bising kata "Puan teran ke?" 

Tak, tak, saya tak teran pun. 

Nurse minta teran, tak boleh teran pulak. Salah teran sampai baby masuk balik dalam. 

Masa ni ikut je arahan nurse. Akhirnya mommy selamat bersalin baby girl jam 11.51 malam. Lama lah daddy teman mommy kali ni. 

Baby diletakkan atas dada. Nurse nak keluarkan uri.

Kemudian mereka perasan bibir vagina bengkak. Aku tak tahu rupa macam mana sebab tak nampak. Yang aku rasa adalah sakit. Sampai nurse bising minta aku pegang baby. Bila dah sakit kena godek kat bawah, terangkat-angkat tangan aku. Last solution doktor hantar aku ke bilik bedah sebab ada pembuluh darah pecah atau nama saintifiknya Hematoma. 

Aku beranak intact perineum iaitu tiada koyak. Tapi habuan aku juga la kena Hematoma. 

Itu saja la pengalaman bersalin aku yang ke 4. Masa yang lama. Sakit yang lama. Taknak beranak lagi dah. 
Assalamualaikum. Blogger tu apa? Blogger adalah penulis blog. Blogger berkongsi idea penulisan mereka di blog.

Sekarang ni dengan perkembangan media sosial, blogger juga aktif media sosial lain seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya.

Kalau seseorang itu hanya aktif di instagram, dinamakan instafamous.

Blogger yang aktif di media sosial dinamakan influencer.

Influence/pengaruh orang untuk buat apa yang dia buat.

Kalau berniaga kita kena ajak orang membeli apa kita jual. Influencer pula a part of marketing sesuatu produk. Dari situ influencer boleh buat duit.

Setiap perniagaan pasti ada peruntukan untuk promosi. Lagi banyak peruntukan, lagi tinggi pulangan.

Pernah seorang peniaga ni bagitahu, kos fbads bulanan adalah 100k. Dan ia adalah nilai 10% daripada jualan bulanan. Jadi jualan mereka berapa? 1 juta!

No money no talk lah! Haha
Ada duit semua boleh

Semua orang ada minat masing-masing. Follow your heart!

Mommy sendiri dah buat macam-macam. Bukan lagi masa untuk jadi cikgu tuisyen.

Tak boleh nak jadi babysitter. Hey i belajar tinggi-tinggi untuk jadi babysitter je?

Itu lah mentaliti orang bila tengok kita duduk terperok dalam rumah, tak ada kerja. Goyang kaki. Habiskan duit laki. Kahkah!

Kerja yang sebati dengan jiwa adalah beranak, jaga laki dan anak-anak sendiri. Kemudian jadi sosial media influencer sejak 8-5-2014. Wow dah 4 tahun 10 bulan.

Bila kenal blogger yang buat duit sejak zaman belajar, wow hebat la. Muda-muda dah pandai cari duit. Saya dulu tahu habiskan duit sahaja.

Cik Epal siap beli Mustang untuk suaminya. Berjaya sebagai blogger dan influencer, adalah cabang mudah untuk pergi jauh dalam dunia perniagaan.


Jauh lagi perjalanan mommy irra. Boleh la buat duit poket sendiri. Nak minta dengan suami, mommy sendiri tahu duit itu ke mana.

Daddy struggle kerja untuk bayar keperluan wajib di bandar. Mommy nak joli, guna duit poket sendiri je la. Kalau poket kempis, diam-diam saja lah. 

Mommy irra mengandung anak ke4, blogger & influencer