Nampak biasa tapi sakit hanya Tuhan yang tahu

Haaaaa sakit apa pula mommy ni? Sakit ini mommy kena sejak tahun 2016. Ia dipanggil cold sore. Nak tengok mommy jadi macam mana boleh baca entry ini ;- Dikuarantinkan kerana sakit mulut

Sakit mulut ni datang menjengah agak kerap sehingga sekarang. Cuma tak seteruk pertama kali jadi. Kenapa? Apabila mommy dah ada pengalaman, mommy lebih berhati-hati apabila mengalaminya untuk kesekian kalinya. 

Pertama kali terkena cold sore ni, mommy menggaru bibir yang sakit itu sehingga melepuh. Gatal yang amat sangat membuatkan mommy menggaru tak hingat. Akibatnya mommy menanggung derita sepanjang mulut nak pulih yang mengambil masa 7 hingga 10 hari.
Apabila mommy terkena lagi sakit mulut, mommy menahan diri dari menggaru. Cold sore ini sakit dan amat gatal. Kalau tak tahan sangat mommy akan tuam dengan ais. Kalau gatal tangan tonyoh dengan kain pon akan mendatangkan penyesalan. Sakit akibat tonyoh/garu lebih sengsara nanti. 

Sekarang mommy mengalaminya lagi. Berdenyut-denyut. Gatal. Acap kali sangat dah terjadi. Boleh dikatakan hari-hari. Bila dah kering je akan jadi lagi. 

Nampak biasa tapi sakit hanya Tuhan yang tahu

Nampak biasa tapi sakit hanya Tuhan yang tahu
Apa punca pon mommy tak tahu. Adoi nak kena pantang makan-makan ni yang jadi susah. Dah makan apa saja maka, menanggung lah sendiri. 

5 comments:

  1. Tak biasa lagi kena sakit mulut ni .apa pun get well soon sis

    ReplyDelete
  2. Oh kesiannya.. Moga cepat sembuh ya sis..

    ReplyDelete
  3. Mama pun Ada time kena cold sore ni. Batmru tau Nama nya. Biasanya mama jadi mcm ni bila mkn sambal belacan Ada satu kedai Tu.

    ReplyDelete
  4. kesiannya..banyakkan minum air kosong ya.

    ReplyDelete