Dikuarantinkan kerana sakit mulut

Sebenarnya selama ni memang dikuarantinkan pon setiap hari bekerja. Hehe surirumah macam mommy nak pergi mana lagi kan. Kalau ada kereta boleh merayap. Kalau la... Bertahan je la duduk diam diam dalam rumah.

Tak diam mana pon. Jadi emak ni bukan mudah. Jadi anak seronok la. Minta je sampai dapat. Tak dapat nasib la...

Mommy dikuarantinkan sebab sakit mulut? Haaa ingat lagi entry kena dera suami tu? Sakit mulut mommy ni tak baik lagi. Korang tau makin sakit mulut mommy ni. Bagai disiat-siat kulit ini setiap saat. Time tidur je tak sakit sebab tak sedar dah.


Bila kering rasa sakit yang mencarik-carik kulit. Bila basahkan pedih. Dah basah lepas mandi ke berwuduk ke cuci muka ke mesti jadi putih-putih macam gambar kat atas. Lepas tu keluar lagi air bisa.


Macam mana eh nak cakap. Kering sakit. Basah sakit. Sapu vco sakit. Sapu aloe vera sakit. Bertabah je la mommy sementara nak baik.


Teringat adik Amal kena jangkitan kuman sampai melepuh jari dia. Haaa adik Amal macam tak sakit je. 2 minggu lebih juga nak sembuh sepenuhnya. Huwaaaa mommy baru hari ke-6. Sakit sakit sakit.. Rasa nak tidur tidur tidur je supaya tak rasa sakit. 

Jari kena jangkitan kuman

Teringat juga kakak Anis masa jadi ekzema. Satu muka dia kering berdarah berbulan-bulan. Anis tak ingat apa lah sebab masa jadi tu Anis kecil lagi. Jap nak tepek gak gambar anis. 


Anis mula berair ekzema dia dari 3 bulan. Setahun baru baik. Huwaaaaa..... Mommy sabaq naaa...mommy baru 6 hari...adik ipar kata 7-10 hari baik dah.

Adik ipar kata lagi mommy kena cold sore. Gapo dia tu?


Nampak macam lain je. Mommy kena ni pon asalnya gatal. Kemudian bengkak sebab garu. Kemudian melepuh sebab garu. Kemudian baru fasa-fasa kulit kering menghitam. Adoiii sebut pon rasa sakit yakmat.. Kulit kering basah kering basah.. 

Mommy tak pergi klinik? Soalan yang semua orang tanya berulang kali. Nak cepat baik memang la boleh. Sapu je krim kat klinik tu. Tapi side effect ubat tu korang kena baca jugak. Side effect segala ubat akan jadi lebih buruk kepada mereka yang ada penyakit autoimmune seperti asma, resdung, alergik dan ekzema. 

Mommy jumpa dan kenali ramai dah kawan-kawan yang kena ekzema sebab guna steroid. Mommy ada hati lagi nak try jugak? Oh tidak! Kena macam anis tu, menangis air mata darah jela.. Nak baik ambil masa yang lagi lama.. Jadi mommy redha je pulih 7-10 hari tanpa sebarang ubatan.. Huhuu 

Berapa lama momny nak kena kuarantin taktau la. Takkan nak g event muka macam ni. Menangis tepi bucu katil. Cepat baik. Cepat sihat. Cepat dapat kulit baru. .

3 comments:

  1. alahaiiii, cepat sembuh irra ye, mkn vitamin C banyak sikit bg cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. tgok pun sakit. GWS mommy! bibir kering sebab kurang air kot mommy .

    ReplyDelete