Baby RAF, Exora disondol pemandu microsleep

Kuala Krai, kereta yang sedang berhenti (standstill) kerana kesesakan yang teramat sangat, tiba-tiba digegarkan dengan bunyi "dang".

Exora turbo premium

"Bunyi apa tu?", semua tertanya-tanya.

"Orang belakang langgar kita.",. Terkejut. Berguguran jantung seketika.


Malang tidak berbau. DaddyG dah pandu kereta secara berhemah. Orang lain pula langgar kami.

Baby RAF kereta Exora yang baru berusia 6 hari sudah kemek bonetnya. Jatuh bumper.


Fender sagat tayar. Kereta hanya boleh bergerak elok apabila diikat dengan cable tie. 


Sedih, tapi apakan daya. Kejadian telah berlaku. Pemandu myvi dibelakang kami mengaku dia tertidur. 


Kami terus ke IPD Trafik Kuala Krai untuk buat laporan polis. Tak jauh dari tempat kejadian.


Usai report polis, kami meneruskan perjalanan pulang ke sarang. Kami bergerak jam 11 jam pagi, tiba di rumah jam 3 pagi. 17 jam perjalanan.

5 comments:

  1. Alahaiii baru 6 hari. Sabar ajelah

    ReplyDelete
  2. Allahuuu sedihnya. Kereta baruuu. 😭😭😭

    ReplyDelete
  3. Aaduhai..kadang kita dh beria berhati2 tapi kelalaian orang lain buat kita rugi...

    ReplyDelete
  4. Allah, baru 6 hari mommy.. Siannya dia.. T^T

    ReplyDelete