Aku bukan sorok. Aku diam

Aku bukan sorok. Aku diam. Diam sebab malas nak layan cakap² orang. Walaupon suami dah pesan "Biar lah orang nak cakap apa.". Walaupon doktor dah pesan "Abaikan je apa orang cakap."

Tapi bila orang cakap/tanya:-
1. Eh Ayra belum setahun kan
2. Ayra umur berapa ye?
3. Plan ke eksiden?
4. Memang nak baby lagi ke?
5. Tak rancang ke?
6. Rancang macam mana?
7. Lepas ni kena rancang lah.

Baby dah ada pun. Kenapa nak pertikai semua benda tu. Aku mula la nak marah. Dalam kepala otak aku nak je kata "Habis nak aku buang ke baby ni?"

Korang rasa aku memang nak sangat ke baby sampai tak menyempat anak aku (Ayra) nak besar. Aku pon nangis bila tau ada baby. Laki aku pon tak percaya nak dapat baby lagi. Sampai dah tengok baby bergolek atas bawah kaki tangan semua dah ada masa scan, baru lah kami percaya.

Mak aku punya ayat "Orang lain nak anak, punya susah nak dapat. Kak senang senang je boleh dapat anak."

Sekarang ni bila aku nak cakap apa-apa pun aku kena mention, komen murni-murni. Sebab aku malas nak layan benda negatif. 

Sebab tu sampai bersalin aku diam. Itu pon bila orang tahu bersalin masih ada lagi soalan/statement yang bukan-bukan tu. Tolong lah weh. Pening kepala aku bila baca. Nak buat macam orang lelaki susah la. Otak aku tetap nak memikir juga apa orang kata walaupon aku taknak. 


Cerita ni masa aku checkup dengan Pakar Ortopedik tahun lepas. Tangan aku dislocate dan ada xray yang memang jelas tangan aku dislocate. Jadi doktor nak xray sekali lagi. Masa ni tangan aku dah elok. 

27/8 masa tangan aku dislocate

"Saya rasa tak boleh xray doktor".

"Awak mengandung ke?"

"Entah la doktor, saya belum period."

"Anak puan dah berapa?"

"4 orang"

"Yang kecik umur berapa?"

"6 bulan", terkejut doktor tu. Aku pon tak harap positif sebab ayra masa ni 6 bulan lebih. 

Aku sembang dengan doktor perempuan yang ada dalam bilik yang sama. Saya merancang doktor. "Merancang pon masih ada % untuk gagal ", balas doktor tu.

Result UPT positif. Doktor tanya dari jauh , "Macam mana puan?". Aku jenguk muka saja dari luar bilik doktor.

Aku diam. 

"Positif?"

Aku senyum kelat. 

Masa tu kebetulan ramai doktor dalam bilik doktor. Setiap seorang doktor tanya. Dan doktor yang merawat aku jawabkan. Dia dah tanya aku tadi kan. 

Tapi ayat doktor yang last menyejukkan hati aku. "Alhamdulillah. Tahniah puan. Rezeki puan."

Aku masuk  bilik doktor. Doktor tanya "Suami awak macam mana?". 

"Suami saya tak percaya doktor. Dia kata saya tak mengandung."

"Ok macam ni, nanti awak pergi check, kita buat appointment semula bulan 9 2020."

Kami suami isteri pon ambil masa nak terima kenyataan ni. Sebab tu aku ambil keputusan untuk DIAM. 

Aku bagitahu kedua-dua belah family. Aku bagitahu kawan-kawan yang aku rasa positif dan support aku. Itu pon ada yang NENONENO. 

Aku bagitahu mama nor jiran aku sebab aku dah plan nak hantar anak-anak aku kat situ. 

Aku warded pon aku tak cakap aku mengandung. Ya la aku tak tipu pon. Aku memang sakit perut. Doktor suspect aku ada appendix. 

Aku warded kali ke3 tu yang ramai PM tanya aku. Kenapa lama sangat warded. Aku cerita juga la. Tapi soalan/statement yang aku taknak dengar tu tetap juga orang nak sebut. Haihh sampai aku rasa malas nak reply. 

Apa pon aku hargai juga sebab korang concern kat aku. Cuma mungkin kena lah tapis untuk bagi respon pada orang yang hatinya rapuh macam aku. Aku boleh menangis je la. Dah la badan sakit. Hati pon sakit. 

Dah beranak pon irra. Ya, sekarang aku dah beranak pun. Dengan DIAM aku tak la emo teruk macam aku mengandung Ayra dulu. 

Masa mengandung Ayra dulu, aku stress teruk. Sampai kesannya aku  mudah sakit kepala. Aku pukul Adam teruk sebab Adam taknak pergi sekolah. Aku jadi tak rasional. Anak tak boleh dekat dengan aku. Anak tak boleh bising. 

Aku yang teruk bila ada gangguan dari orang luar. Padahal aku sejenis manusia yang suka kongsi kat sosial media. Tapi sebab nak jaga hati sendiri. Aku DIAM. 

6 comments:

  1. Tak payahlah fikir cakap2 orang. Jagalah anak2 tu sebaiknya. Harta yang tak ternilai tu. Serius akak memang terkejut, ingatkan sakit tangan discolate tu jer. Tp akak x sampai fikir negatif. Setiap yg terjadi mesti ada sebab dan hikmahnya.. Redho jer yer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taknak fikir tapi tetap juga terfikir.. tu yang diam je.. tq kak

      Delete
  2. Betul mak irra ckp ckp tu. Org lain nak mengandung, susah. Tak payah tgk org lain. Akak sendiri dalam kategori tu. Jadi abaikan lah mulut org yg mempersoalkan rezeki dari Allah. Sbb rezeki anak tu dari Allah. Bukan diaorang yg nak ckp itu ini. Masa irra warded tu, akak pun tak terpikir irra mengandung lagi tapi malas la nk amik port. Sekali tgk irra update dh selamat bersalin. Alhamdulillah alhamdullilah..

    ReplyDelete
  3. Akak tumpang gembira untuk Irra, syukur murah rezeki Irra dan anak-anak. Bukan semua wanita beruntung seperti Irra. Abaikan suara-suara yang mengganggu jiwa Irra, lagipun dah selamat bersalin dan baby pun sihat alhamdulillah. Take care dear and selamat berpantang :)

    ReplyDelete
  4. betul tu irra. kadangkala berdiam tu cara yg terbaik utk jaga hati kita.. walaupun cakap x payah pedulikan apa org kata, tp kita tetap manusia biasa kan.. so irra pikir pasal anak2 je.. rezeki anak ramai. mcm dilah juga, bila tahu pregnant lagi pdhal kita x sedia,pk balik ramai kwn2 yg tunggu lama nak ada anak, rezeki kita murah, ada anak ramai.. semoga irra & baby terus kuat dan cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
  5. Akk dulu cpt marah gak, tp lelama. Under control, byk tgk motivational.video

    ReplyDelete