Washing Machine Sharp 15 kg pembantu baru mommy

Ini cerita sebelum mommy warded kali kedua. Siangnya berjalan cari mesin basuh. Malam terus sakit.

Mesti ada yang perasan mommy update pasal mesin basuh rosak dan kegigihan daddyG repair mesin basuh.

Survey  2016

Siap ada bukti sebelum ni kami pernah survey harga mesin basuh Sharp 8kg tahun 2016. Haha! Lama dah mesin basuh Sharp 6.5kg kat rumah tu buat hal. Akhirnya, tahun 2020 baru berganti dengan mesin basuh Sharp 15kg.

Sharp 15kg

Rupanya 3 tahun daddy menabung untuk beli mesin basuh baru🤭

Bagusnya pakai Sharp ni, nak dapatkan sparepart cuma perlu ke Kilang Sharp di Shah Alam. Sparepart murah je. Cuma nak kena tahu apa masalah, then beli sparepart, tukar sendiri.

Kalau panggil orang tengok apa kerosakan mesin basuh je dah melayang RM50. Belum dia charge harga sparepart.

Mommy pula suka Sharp sebab cucian dia bagus. Selalunya tak sempat dah nak belek kolar baju atau sental hitam di kaki dan tangan baju, terutamanya baju sekolah putih. Mommy serah bulat-bulat je dekat MekJepunSharp ni.

Bab beli barang elektrik pula kami akan tuju SenHeng atau Harvey Norman sebabnya kat sini boleh redeem point kredit kad.

Inilah kelebihan kredit kad. Jadi kredit kad ni ada kelebihan kalau kita pandai manage penggunaannya.

Wow banyaknya

Sekali check point. Pergh ada RM287. Sebab tu juga banyak barang elektrik yang kami cuma redeem je tanpa perlu bayar.

Harga mesin basuh Sharp 15kg 
RM1499-RM287 = RM1212

Hah, dah lepas bajet yang daddy peruntukan.(RM1400).

Kami adalah member SenHeng. Sekarang ni SenHeng guna aplikasi je. Lama benar mommy tak beli barang elektrik. Buka je apps, ada voucher RM100.

Rezeki sangat Sharp masuk dalam list

Voucher ni eksklusif untuk member yang dah expired. Valid sehingga 31 Januari. Cuma perlu renew member sebanyak RM12. Ya Allah. Allah permudahkan urusan pembelian mesin basuh kami. Dapat kurang lagi RM100.

RM1212-RM100= RM1112

Baju baru

Dah mesin basuh baru, harus lah sayang. Jadi kami belikan baju baru untuk dia RM56.

RM1112+RM56 = RM1168

Warranty mesin basuh ni adalah 2 tahun. Extend jadi 5 tahun, tambah RM209.

RM1168+RM209 = RM1377

Tapi jumlah yang jurual bagi RM1277
Yang mommy kira RM1377. Macam mana jadi RM1277.

Jurujual tu tanya "Nak ke tak?"

Yang mommy ni takut la dia silap kira. Kang kena tambah duit, tak memasal je.
Kata jurujual tu perlahan, dia bagi lagi diskaun RM100. Wahh😱 Terima Kasih.

Kalau ikut HARGA ASAL adalah RM1499 + RM209 + RM56 = RM1764. Kami dah jimat RM487.

Tersenyum daddyG. Sebab dapat harga mesin basuh di bawah bajet yang dia peruntukkan.

Tersenyum juga mommy, sebab hilang satu masalah. Masalah tau bila baju menimbun tapi kau basuh baju masih basah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Lega sangat bila dah ada mesin basuh baru. Mesin basuh rosak ni penyumbang stress juga sebenarnya. Sekarang, no more stress!

Kemain tinggi sampai nak minta tolong anak pon tak boleh. Hahahahahaha

2 comments:

  1. cantik cover mesin basuh tu. kat rumah sy ada 2 mesin basuh. tp x suka sgt pakai yg 15kg tu sebab 1 jam lebih membasuh. klw yg 7kg tu x sampai pun 1 jam.

    ReplyDelete
  2. Mesin basuh kat rumah ni, dah 2 Bulan rosak. X dapat lg berganti baru. Basuh kat dobi layan diri jelah seminggu sekali.

    ReplyDelete