Haram Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu 33

"Hari ni ada Anugerah Juara Lagu kan?", tanya encik suami.

Mommy pun berfikir berapa haribulan hari ini. Tahu hari ini hari Ahad. Aah la, hari hari ni 3 Februari 2019. Ingat pula ye daddyG ada AJL hari ni. Haha

DaddyG ingatkan sahaja. Dia tak tengok pun. Dia tidur dengan anak-anak.

Lagu pula ada yang buat mengantuk, ada yang buat rasa segar.

Lagu akhir Anugerah Juara Lagu 33

"Luluh"
Khai Bahar

"Jatuh Bangun"
Haqiem Rusli (menampilkan Aman RA)

"Kau Pun Sama"
Syamel

"Tak Pernah Hilang"
Amylea x Kaer

"Hajat"
Hael Husaini

"Nisan Cinta"
Siti Nordiana & Jaclyn Victor

"Di Matamu"
Sufian Suhaimi

"Bunga"
De Fam (menggantikan Altimet)

"Semakin"
Siti Sarah

"Bunga"
Ara Johari

"Sampai Bila"
Misha Omar

"Haram"
Hael Husaini & Dayang Nurfaizah


Mata dah mengantuk sebenarnya. Tapi nak tahu juga siapa yang menang. Haha! Gagah mommy oi.

Persembahan terbaik
"Di Matamu"
Sufian Suhaimi

Vokal terbaik :
"Sampai Bila"
Misha Omar

Tempat ketiga :
"Sampai Bila"
Penyanyi : Misha Omar
Komposer : Sharon Paul
Penulis Lirik : Ahmad Fedtri Yahya, Shah Shamsiri

Tempat kedua :
"Bunga"
Penyanyi : Ara Johari
Komposer : Laq, Hang Nadim
Penulis Lirik : Hang Nadim

JUARA AJL 33 :
"Haram"
Penyanyi : Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

Tahniah "Haram" Juara AJL 33

Ok dah habis Anugerah Juara Lagu 33. Jom tidur. Selamat malam!

1 comment: