Cabut gigi susu di Klinik Pergigian Asfaliza

Gigi susu pertama  Adam Rayyan mommy cabut dengan benang sahaja. Apabila gigi kedua goyang, Adam takut. 

Adam tak bagi mommy atau daddy buat dengan benang. Daddy memang sah akan passing pada mommy. 

Mommy hubungi cikgu Wayu, cikgu PASTI adam dahulu. Adam selalu dengar cakap cikgu Wayu. 

Mengada kan mommy nak kena melibatkan orang lain sekali. Cikgu Wayu pon ok saja. Walaupun Adam dah masuk Tahun Satu, Adam tak pernah lupa sebut nama Cikgu Wayu.

Cikgu Wayu buat voice message di whatsapp, "Kalau  Adam taknak mommy cabut, Adam pergi klinik ya."

Esoknya kami mencari Klinik Gigi yang berdekatan, Klinik Pergigian Asfaliza.
Klinik Pergigian Asfaliza
Gambar ni sahaja yang ada. Sekejap sangat.
Cabut gigi susu RM45
Segala rawatan gigi ada di sini
link
Rongak sekejap
Gigi susu 1 & 2
Cabut gigi susu Adam tak sampai seminit. Mommy buat kat rumah dah jimat poket daddy. 

Itu lah. Ada ketika kita tak berjaya memujuk anak-anak. Terpaksa rela mengeluarkan duit poket. 

Bukan senang nak handle budak! Haha kali ini mommy daddy tewas!

Tapi kawan-kawan kata harga kat klinik ni murah lah.

Klinik Pergigian Asfaliza
Pangsapuri Ehsan,
2A, 42200 Klang, 
Selangor.


2 comments:

  1. owh kena take note klinik gigi ni..biasalah budak budak kan..kita yg tua ni pun kdg2 gerun gk nak gi klinik gigi hahah

    ReplyDelete
  2. Anak menangis x..? Sakit x dia..?

    ReplyDelete