Gigi susu pertama Adam 30.7.2017

Gigi susu pertama Adam goyang pada bulan 7 2017. Namun disebabkan mommy tak ada pengalaman, Adam anak yang sulung, jadi mommy biarkan je. Gigi takde lah rosak nak bawa ke klinik. 

Tapi mommy mula cuak bila perasan gigi Adam berlapis. Gigi goyang tak banyak. Jadi mommy suruh Adam main-mainkan gigi tu supaya goyang banyak.
Gigi kekal dah keluar
Puas juga nak memujuk Adam cabut gigi bongsu. Sampai mommy hubungi Cikgu PASTI Adam untuk minta Cikgu jelaskan pada Adam.

Balik je dari sekolah, terus Adam izinkan mommy cabut gigi. Haha senang sungguh mendengar kata cikgu. 

Jadi mommy pon cabut lah gigi Adam dengan benang. Boleh tengok video di bawah

Selamat! Berjaya cabut gigi susu pertama Adam.
Rongak
Gigi Adam rongak sekejap je. Gigi yang berlapis tu pon menonjolkan dirinya.. yeayy

2 comments:

  1. Rongak masa kecik, comel. Kalau dah besar rongak, boleh down wooo...

    ReplyDelete