Demam virus berjangkit anak-beranak

Hari Selasa lepas Adam Rayyan demam. Demam panas pulak tu. Sehari tak baik. Masuk hari kedua(Rabu). Hari kedua masih demam panas. Ya Allah anakku. Sembuhkanlah anakku. Adam Rayyan akan mula menangis apabila panas teramat sangat terasa di bahagian mata. Bagi dia makan ubat dan jelum dengan air lemon.

Hari ketiga(Khamis) Adam Rayyan sihat. Anis Insyirah pulak demam. Demam silih berganti. Hari ke empat(Jumaat) Anis Insyirah masih demam panas. Adam Rayyan dah ke sekolah. Lama betul tak pergi sekolah. Risau mommy dengan keadaan Adam yang baru baik akan kena demam semula.

Balik dari sekolah Adam Rayyan mengadu sakit tekak. Mommy nak kena melayan Anis Insyirah yang demam jadi mommy macam tak berapa kisahkan Adam. Mommy pon sakit tekak juga masa tu.

Malam tu, Adam Rayyan kembali demam. Anis Insyirah masih belum baik demam. Mommy pon demam juga. 

Menjelum lah sepanjang mereka demam

Malam tu mommy kuat lagi. Keesokkannya(Sabtu), mommy kena sakit kepala yang teramat sangat. Terbaring seharian. DaddyG lah yang urutkan. Kesian kat daddy. Melayan seorang seorang anak. Anis Insyirah bila dibasahkan badan berkali-kali kebah beberapa jam. Kemudian kembali panas. Virus apakah ini?

Malam tu mommy minta daddyG belikan painkiller. Sakit tak boleh tahan lagi. Sepanjang sakit terkumat kamit bermacam doa. Macam sakit nak bersalin tapi bukan sakit di perut. Mommy sakit kepala dan satu badan. Ya Allah sakitnya. Lepas makan painkiller, keadaan ok sedikit. 

Hari Ahad, adik Amal Insyirah pulak demam. Dah semua mendapat demam panas. Sudah pasti Adik Amal Insyirah lebih mahu menyusu untuk berasa kuat. Mommy telan sebiji lagi painkiller. Tak kuat rasanya dah.

Sapu gel bidara untuk tarik panas keluar

Semua dah kebah petang tu. Malangnya malam tu Anis Insyirah dan Amal Insyirah kembali demam. Hurmm.. 


Pukul 1 mommy terjaga sebab Anis Insyirah muntah. Mommy pon demam panas yang teramat sangat. Daddy ulang alik tengok Anis Insyirah di luar, Mommy dan Amal di dalam bilik. 

Dah nangis-nangis mommy tahan sakit. Dari pukul 1, sekejap menjerit kepanasan. Sekejap menjerit kesejukan. Doa nabi yunus tu tak lekang lah. Sakit tak kurang. Pukul3 baru lah mommy suruh ambilkan ubat. Dah tengah sakit mana la ingat nak cari ubat la apa.. Lepas makan ubat pon masih menggelupur kesakitan.. Pukul4 baru terlena.

Bangun pagi tadi dah kebah. Daddy kata nak bawa ke klinik. Tapi terlena masing-masing sebab tengah malam tadi pakat berjaga. 

Sekarang mommy sakit kepala balik. Dah telan painkiller lagi. Sebelum tu dah menjamah makanan. Dua keping roti gardenia. 

Mommy kena kuat. Tapi kali ni sakit tu datang ya Allah. Tak boleh nak tepis. Menghadap sakit dengan tabah. Sakit Ya Allah. 

Adam Rayyan beberapa kali tegur kenapa kepala mommy bengkak. Kesan mommy minta daddy urut kuat-kuat. Kalau tak kuat, tak rasa apa. Bila kuat, boleh lawan sakit di dalam kepala. 

Ok mommy nak g klinik jap.. 

5 comments:

  1. get well soon Mommy Irra & family..

    ReplyDelete
  2. musim ni , anak pon tak sihat jugak skrg ni .. harap2 kita semua segera diberi kesembuhan tanpa mudarat .. amin ..

    ReplyDelete
  3. acik pun sama tak sehat.. get well soon..

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah.
    Kena dapatkan rawatan doktor.
    Semoga semuanya cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. Allah.. Dugaan sungguh sis.. Bila emak tak sihat.. Anak2 pun x sihat.. Semoga sis dan keluarga sentiasa diberi keaihatan yang baik..

    ReplyDelete