7 hari demam, 2x ujian darah

Satu keluarga demam seorang - seorang berjangkit dari Adam Rayyan. Hari Isnin lepas kami dah jalani ujian darah di Klinik Kesihatan Meru. Sekiranya masih demam kena datang semula hari Rabu atau Khamis.

Amal seorang yang masih demam. Semalam, hari Khamis kami ke klinik semula. Adik Amal kena ambil darah lagi.


Kali ni yang mengambil darah adalah lelaki. Hari tu nurse perempuan. Seharian Amal tidur tak lena dan minta urutkan kaki yang kena cucuk tu. 

Kali ini, percubaan di tangan pula. Puas jugak la mencari salur darah, tak jumpa. Akhirnya terpaksa cucuk di kaki sebelah lagi. Menangis tak payah cakap macam mana lah. 


Masuk jumpa doktor, doktor kata darah Amal semua ok. Demam biasa sahaja. Nanti demam akan baik.


Masa dalam kereta Amal ada la pegang kaki dia sakit tu. 


Tapi balik tu Amal dah tak ingat dah. Walaupon tadi menangis bagai nak rak, tapi kesan lepas cucuk tu tak menyakitkan pon. 

Hari Isnin nurse guna picagari untuk tarik darah keluar, pegawai lelaki ni dia hanya picit-picit je. Lambat tapi tak buat Amal mengigau-ngigau. 

Hari ini Jumaat dah cukup 7 hari Amal demam. Masih lagi demam panas. Semoga cepat sembuh anak! Walaupun keputusan darah ok, mommy tetap risau demam adik Amal tak kebah lagi. Huwaaa cepat la baik demam adik!

6 comments:

  1. Get well soon Amal..Risau demam lama2 nih..Tp kalo lama gini biasenye doctor ckp demam virus.

    ReplyDelete
  2. Moga semua shat spt.sedia kala

    ReplyDelete
  3. La... kesiannya. MOga cepat sembuh dan cergas balik ye adik amar

    ReplyDelete