Mommy pengsan, Adam muntah

Mommy pengsan, Adam muntah? Bila tu? Kejadian ini berlaku pada 11 Jun 2016. Hari puasa ke 7. Panjang ceritanya..

11 Jun 2016

1 pagi: mommy masih berjaga kerana adik Amal masih sibuk nak bermain. Bila adik Amal nak tidur ni? Mommy penat dah ni. Nak jaga pukul 4:30 buat sahur lagi. 1 lebih kami tertidur.

2 pagi: Adam kejut mommy. Adam kencing bocor. Kesian mommy. Dah la baru tidur. 2 biji bantal dan 1 cadar kena air kencing. Adam kencing atas tilam single nipis yang mommy dah wrap. Maka selamat la tak basah tilam.

2:45 pagi: adik Amal jaga. Menangis. Mommy tidurkan adik Amal.

3 pagi: Daddy terjaga. Mommy tersedar. Tiba-tiba mommy sakit perut. Minta daddyG sapukan Biobax di perut. DaddyG ke dapur. Mommy lari ke toilet. Sakitnya perut. Sakit sangat. Kot la sakit nak berak ke. Tu yang mommy standby la dalam bilik air.

Sakit sangat ni...ish sakit sungguh sungguh yang tak tahu nak terang macam mana..

Mujur ada biobax


Tiba-tiba dengar daddyG panggil.

"You jatuh lagi ke?"

Pipi basah. Aku dah terjelopok kat lantai. Macam mana boleh ada bawah ni?

"You keluar la. Kita g klinik."

Macam mana nak keluar. Nak gerak pon tak berdaya. Perut masih sakit. Sehinggalah terberak. Erkk maaf ya kalau tak senonoh. Macam pelik tak sakit perut sebab nak berak je sampai pengsan?

Dah terberak tu mommy gagah la bangun duduk atas mangkuk tandas. Sambil basahkan badan. Minta sabun mandi kat daddyG.

Berak normal dan cirit. Bila dah takde sakit perut lagi, baru mommy keluar.

Sapu lagi biobax satu badan. Baru badan rasa segar sikit lepas sapu Biobax. Dugaan betul. 

3:30 pagi: keadaan kembali normal.

Pada 23-10-2015 mommy pernah pengsan kerana sakit perut. http://www.irrayyan.com/2015/10/mommy-pengsan-dalam-toilet.html .


Jadi ini merupakan kali kedua. Apa kena dengan badan ni? 

"Asal teruk sangat sakit perut? Sakit beranak pon tak pengsan.", kata daddyG.

Hahaha jangan la tanya macam tu. Mommy bukan minta sakit pon. Mommy pon tak sangka nak pengsan. Nasib la daddy sedar masa tu. Kalau tak lama la i tidur dalam jamban. :P

4 pagi: Adam bangun. Sakit kepala katanya. Minta mommy urutkan kepala. 

" Dah.”, mommy pon stop urut.

Tak lama lepas tu, Adam muntah. Adehh.. Mommy tepuk-tepuk belakang Adam..bagi keluar habis semua..

Bantal satu, selimut satu, comforter satu, sarung tilam satu, protector satu. Hah ambil tadi dia banjir kat tilam single. Sekarang kat tilam tebal. Naseb la mommy kena mendobi sakan lepas ni.

Adam minum air, muntah. Adam makan, muntah. Pukul 11 mommy blend nasi. Adam dah takut nak makan. Dia takut muntah. Tapi mommy paksa la dia makan sikit-sikit. Pastu dah tak muntah. Cuma ada batuk kahak je.

Pukul 3 petang kami ke klinik. Doktor kata Adam ok. Semua ok. Mommy pon ok. Blood pressure normal. Cuma perut banyak asid. 

Mommy masih berpuasa macam biasa sebab badan rasa ok je. Perut je la tak selesa. Tapi masih boleh bertahan.

Puasa kali ni banyak sungguh dugaan. Mulut mommy sakit 9 hari. Batuk berkahak. Anis demam. Amal demam. Sekarang tinggal daddyG je yang masih bertahan. 

5 comments:

  1. alaa kesian you. I rasa I faham perasaan sakit perut tu macam mana. I kalau salah makan kena cirit birit + gastric dia punya sakit lain macam. memang sampai pandangan jadi hitam je. time tu memang masuk jamban tak tutup pintu, takut pitam kang. siap berpeluh peluh macam tengah meneran beranak T_T

    ReplyDelete
  2. Allah. Get well soon mommy, adam dan anis. Teruk jugak tu sakit perut smpai pengsan. Mcm mna boleh jadi mcm tu mommy ?

    ReplyDelete