Ke Ikea kita!

Ke mana kita hujung minggu ni? Misi kami mencari cermin. Cermin nak letak dalam bilik air dan bilik tidur. Mommy buat pilihan ke Ikea! Jom!


Harus lah berposing-posing bukti sampai ke Ikea lagi. :D Konon-konon nak bergambar seorang je. Tapi ada yang cemburu dan tumpang segambar. 


Si kecik ni macam nak tumpang bergambar juga. Tapi bila letak, menangis macam apa je. Gaya je lebih tapi bunyi tak seberapa sangat pon.


Bila sampai ke ruang kerja. Tiba-tiba rasa macam nak ada ruang kerja di rumah. Nampak la mommy macam betul-betul bekerja di rumah kan? Mesti bersemangat lebih nak update blog. Berangan jela.


Ini pon berangan lagi. Sebab anak-anak tak akan tidur sendiri lagi buat masa ni. Apa yang mereka takut pon tak tahu. 


Si kakak yang tak suka berjalan. Dia lagi suka masuk troli. 


Abang terpaksa la berjalan. Adik duduk dalam stroller. Kakak dalam troli. Abang tiada pilihan lagi. Abang dah besar kan.


Hasil pancingan di Ikea. Bukan dapat cermin sahaja. Yang mana mommy nak, setelah dipertimbangkan oleh menteri kewangan, kalau lulus, dapat la. Kalau tak lulus, redha je la. Bye bye Ikea! 

2 comments:

  1. last week kita pun pergi beli kuali wok ikea tu.. heheheh..

    ReplyDelete
  2. sungguh la x sabo nak set date dgn mr.asben nak ke ikea cheras, irra.
    now tgh tahan nafsu.
    nak make up umah baru in shaa Allah.

    ReplyDelete