Instant Photobooth bersama Kotak Lensa

Apabila mommy merancang majlis 1stEFGathering, antara perkara yang terlintas untuk mommy adakan masa majlis adalah instant photobooth. Jadi mommy pon mencari lah di instagram dengan menggunakan hashtag "instantphotobooth". Instant photobooth dah tumbuh bagai cendawan. Yang berbeza adalah harga dan service yang diberikan.

Kotak Lensa Instant Photobooth

Bila last minute mencari, agak susah la. Ada yang dah full booking. Namun masih ada rezeki mommy apabila Kotak Lensa masih free pada tarikh gathering. Sepanjang berurusan dengan Kotak Lensa, semua berjalan dengan mudah dan lancar. Daripada design strip sehingga ke hari majlis. Mommy memang puas hati sangat. Mommy bagi 5 bintang! 

Ada lagi yang masih tak tahu apa itu instant photobooth?
Korang boleh tengok gambar di bawah. Kebiasaannya kita akan mengupah photographer untuk merakamkan majlis. Namun tetamu yang datang kena ambil gambar sendiri untuk kenangan. Tetapi, dengan instant photobooth ini, tetamu yang datang boleh pulang dengan membawa hardcopy gambar mereka sendiri. 

Instant Photobooth Kotak Lensa Selangor Ipoh
Instant Photobooth Kotak Lensa Selangor Ipoh

Yang paling menarik, unlimited gambar boleh dirakam sepanjang tempoh sewa instant photobooth ini. Instant photobooth ada beberapa pakej. Untuk majlis yang tidak ramai orang boleh mengambil pakej 2 jam sahaja dah mencukupi. 


Memang seronok sangat berpeluang bergambar dengan rakan-rakan blogger yang lain di sepanjang majlis. 


Rasa 2 jam tu macam tak cukup. Rasa nak lagi! Haha.. Padahal gambar dah banyak. Mommy sibuk sangat pada hari kejadian kerana mommy kan tuan rumah. Kalau tak mesti mommy seorang "konker" photobooth. :D


Props yang bersesuaian untuk bergambar juga disediakan oleh pihak Kotak Lensa. 


Perlukah instant photobooth?
Ya, perlu. Mommy 200% sokong sesiapa yang nak buat majlis ada instant photobooth. Satu bonus apabila kita mampu membuatkan tetamu yang hadir bahagia dapat bergambar dan membawa pulang gambar.


Tawaran khas untuk pembaca blog mommy, untuk pakej 2 jam (Premium Instant Photobooth), korang boleh dapat diskaun RM200 sehingga hujung tahun ini dengan menggunakan kod "EFGKBBA".


Untuk maklumat lanjut boleh layari website: www.kotaklensa.com atau
FB: Kotak Lensa 
IG: kotaklensa 

Cepat-cepat booking untuk special date anda!

1 comment:

  1. sokong 200% juga..!! skrang senang ambik photobooth.. dapat bawa balik gambar terus.. :)

    ReplyDelete