#Cabaran20Hari | Lagu Raya Pilihan Klasik Evergreen

#Cabaran20Hari Puasa/Raya #HariKesebelas #LaguRayaPilihan

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Tetamu Paling di Tunggu

Lagu Raya Klasik Evergreen dari 50an dan 60an


Dalam sedar tak sedar sudah 20 hari kita berpuasa. Hanya lebih kurang 10 hari lagi Ramadhan yang penuh barakah ini akan meninggalkan kita. Moga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan tahun mendatang, insyaAllah.

Perginya Ramadhan bermakna Syawal bakal tiba. Apa yang sinonim dgn 1 Syawal yang kita panggil Hari RAYA?

Hari RAYA mesti pakai baju RAYA pagi-pagi makan kuih RAYA sebelum pergi sembahyang RAYA anak-anak tunggu duit RAYA radio televisyen mainkan lagu RAYA.

Ya, lagu RAYA. 

Nak ambik mood raya jom layan dulu lagu-lagu klasik dan evergreen dari tahun 50an dan 60an ini.

Inilah lagu raya pilihan Mommy Irra:

AIDILFITRI (50an)
Artis: Nona Asiah & Kamsani
Ciptaan: Zubir Said
Lirik: Tidak diketahui




Sembahyang Hari Raya bersama-sama 
Tafkafur dengan kutbah alim ulama 
Sujud dan bertaubat kepada Tuhan 
Muslimin dan muslimat bermaaf-maafan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Ku tujukan kepada putera dan puteri 
Ayah dan bonda yang ku junjung tinggi 
Mohon ampun dan maaf yang ikhlas diberi 

Wahai pak long dan mak long orang budiman 
Serta pak cik dan mak cik orang dermawan 
Salah silap jangan jadi dendaman 
Sejak pada ini hari mohon dilupakan 

Pada abang dan kakak yang lebih tua 
Atau pun pada adik yang masih muda 
Ucapanku selamat Aidilfitri 
Panjang umur usia dan murah rezeki 

Kehadapan suami wahai junjungan 
Maaf lahir dan batin mohon cucurkan 
Kalau silap laku dan perkataan 
Saya mengatur sembah mohon diampunkan 

Pada handai taulan serta sahabat 
Beserta anak isteri kaum kerabat 
Salam dan maaf dunia akhirat 
Mudah-mudahan semua sempurna dan rahmat


SUARA TAKBIR (50an)
Artis: P. Ramlee
Ciptaan: P. Ramlee
Lirik: P. Ramlee




Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

[korus]
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan


SELAMAT HARI RAYA (50an)
Artis: Saloma
Ciptaan: Ahmad Jaafar
Lirik: Ahmad Jaafar




Selamat Aidilfitri 
Kepada saudara serta saudari 
Setahun hanya sekali 
Merayakan hari yang mulia ini 

Di masa bulan Ramdan 
Kita berpuasa hingga sebulan 
Pabila Syawal menjelma 
Hari raya disambut dengan gembira 

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni 
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili 
Sungguh hebat pemandangan di Hari Raya ini 
Tua muda wajah berseri-seri 

Marilah bergembira 
Bersama menikmati hari raya 
Mintak mak kuih sepotong 
Saya mahu makan kerna perut kosong 

Selamat Aidilfitri 
Kepada saudara serta saudari 
Setahun hanya sekali 
Merayakan hari yang mulia ini 

Di masa bulan Ramdan 
Kita berpuasa hingga sebulan 
Pabila Syawal menjelma 
Hari raya disambut dengan gembira 

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan 
Diharap supaya jangan disimpan 
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki 
Semoga Tuhan akan memberkati 

Selamat Hari Raya 
Hari untuk kita bersuka ria 
Selamat kami ucapkan 
Untuk kita hingga sampai tahun depan 

Selamat Hari Raya...


DENDANG PERANTAU (50an)
Artis: P. Ramlee
Ciptaan: P. Ramlee
Lirik: P. Ramlee




Di Hari Raya 
Terkenang daku kepada si dia 
Kampungku indah nun jauh di sana 
Ayah serta bondaku 

Di tepian mandi 
Danauku hijau yang damai selalu 
Nun di sanalah tempat ku bertemu 
Aku dan dia 

Apakan daya 
Masa tak akan kembali 
Hancur musnahlah semuanya 

Impian yang murni 
Tinggal menjadi kenang-kenanganku 
Hanya rangkaian kata dengan lagu 
Dendang perantau 

Apakan daya 
Masa tak akan kembali 
Hancur musnahlah semuanya 

Impian yang murni 
Tinggal menjadi kenang-kenanganku 
Hanya rangkaian kata dengan lagu 
Dendang perantau


SELAMAT HARI RAYA (60an)
Artis: Fazidah Joned
Ciptaan: Kassim Masdor
Lirik: Jins Shamsuddin




Aidil fitri hari bahgia
Hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta
Selamat… Selamat Hari Raya

Sembah salam ayah dan bonda
Ampunkanlah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat… Selamat Hari Raya

*Chorus
Semoga kita berjumpa lagi
Di hari bahagia ini

Mari teman mari saudara
Kita bergembira
Lupakan hatimu yang duka
Selamat… Selamat Hari Raya

4 comments:

  1. fuhh mommy layan lagu klasik evergreen.. jangan sedih noo :)

    ReplyDelete
  2. lagu raya p.ramlee dan saloma nih mmg tak jemu didengar kn..

    ReplyDelete
  3. suara takbir tu best!
    especially starting nyer...
    nostalgia :)

    ReplyDelete