KBBA Blogger's Day Out Awesome!


KBBA Blogger's Day Out berlangsung seharian di KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA (KKTTC). Bila sampai je ke kawasan KKTTC, baru lah mommy irra ingat kami pernah sampai ke taman permainan KKTTC sebelum ini. Taman permainan kat sini memang best lah. Tapi destinasi kami hari ini adalah ke Lobi KKTTC untuk pendaftaran. 


Selepas mendaftar terus bergegas ke permainan pertama iaitu Golf ala KBBA di driving range. Mommy dah terlepas acara senamrobik bersama blogger aten. 

Macam mana nak main golf ni? Peserta perlu pukul bola golf ke sasaran bendera putih yang terletak sejauh 300 meter. Kat sini meriah sebab ada yang pukul bergaya habis tapi pukul tak kena. Hahahaa.. Almaklum lah tak ada testing testing dulu. 

Tengok yaya dalam gambar di bawah. Wahhh macam pemain golf professional dah. Hehehe. Siapa yang kaki golf tu boleh la datang ke sini. 


Acara kedua adalah badminton berkumpulan. Hah? Macam mana la main badminton beramai-ramai tetapi raket hanya dua sahaja?


Permainan ini memupuk semangat berkumpulan. Bersatu merancang strategi untuk menang. 

Aktiviti untuk kanak-kanak tak ada ke? Di antara bangunan tu ada taman permainan. So boleh la anak-anak kecil bermain. Namun cuaca panas, sekejap sahaja Adam Rayyan dan Anis Insyirah main kemudian mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan.


Mereka boleh juga mandi di kolam renang. Ada yang mandi dari pagi sampai petang. Maaf lah anak-anak mommy ya, tak boleh mandi sebab tak ada orang nak kawal. 


Di sini terdapat gym. Siapa yang nak bina six pax boleh la ke gym. Jadi abang sadoo! :D


Seterusnya ke lapangan Go-Cart. Fuyoohh gigih mereka ni panas-panas mendengar taklimat mengenai go-cart.


Kemudian pakat test drive. KKTTC sangat sesuai untuk sekeluarga beriadah di hujung minggu.


Permainan last KBDO 2015 adalah paintball. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. DaddyG pon join main sekali. 


Dengar macam gerun. Kena bola sakit. Gerun tapi best! Rasa macam nak main jugak bila berpeluang nanti.


Program seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara blogger KBBA. Selalu berhubung di alam maya ye. Ramai-ramai sangat tak dapat nak kenal sorang-sorang. 


Acara akhir sekali ada acara penutup. Penyampaian cenderahati kepada semua blogger yang terlibat dan penaja serta cabutan bertuah. Peserta cabutan bertuah yang paling akhir disebut adalah "mommy irra". Terkejut mommy! 


Eh mommy dah kurus laaa..lalalalaa okey program hari ni dah habis. Seperti biasa, sesi bergambar beramai-ramai.


Semua nak wefie :P


Semua berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Terima kasih kepada para penaja. 

Kelab Komuniti Cyberjaya www.facebook.com/kelabkomuniticyberjaya
Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my 
Yeos Malaysia www.yeos.com.my 
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com 
Natalia www.natalia.my
Monster Crazy Crunchy www.crazycrunchy.com/pengedar

7 comments:

  1. bikin kecik hati pada sesiapa yg x pergi.
    hehehhe..
    terbaik geng2 KBBA

    ReplyDelete
  2. meriah ya irra..seronok tengok pic ulzs

    ReplyDelete
  3. nampak macam seronok jerr.. bila nak buat event lagi =)

    ReplyDelete
  4. kciknya kak irra... ahha.. bestnya korang... wat event ramai2... jelez rasanya diri ini..huhu

    ReplyDelete
  5. EFG pulak...!! EFG pulak...!!
    please cikgu besar... nanti EFG pulak ehhh.... :)

    ReplyDelete
  6. Assalam irra,
    looooooooooooooo
    sian the kids tak dapek berendam kan3

    ReplyDelete