KBBA Blogger's Day Out 2015


Menghitung hari. Tinggal beberapa hari sahaja lagi KBBA Blogger's Day Out akan berlangsung. Ini merupakan aktiviti terbesar yang diuruskan oleh team #kelabbloggerbenashaari sendiri dengan tajaan oleh KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA  dan CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

KBBA Blogger's Day Out 2015
KBBA Blogger's Day Out 2015

Mommy nak terangkan serba sedikit mengenai KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA (KKTTC) ni. Mommy sendiri baru tahu kewujudan taman riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan juga orang perseorangan. Kelab Komuniti Taman Cyberjaya (KKTTC) terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia, ia telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range, gelanggang tennis, paintball, sirkit go kart, kolam mandi, gelanggang futsal, gymansium, studio menari, gelanggang badminton, squash, dan basketball. Di sini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.

Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan majlis perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian kerana keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa. Catering juga boleh terus ditempah di sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC, @kelabkomuniticyberjaya

AKTIVITI KBBA BLOGGER’S DAY OUT  (KBDO)


Terdapat banyak aktiviti yang telah dirancang yang akan disertai oleh 100 blogger. Antaranya adalah golf, badminton dan paintball. Jangan risau, mommy tak main la, mommy hantar wakil sahaja. 

Ramai blogger bertanya bagaimana nak sertai KBDO ni. Ini merupakan aktiviti pertama yang terbesar #kelabbloggerbenashaari dan tidak dibuka untuk orang ramai lagi. Akan tetapi sesiapa yang berminat dijemput hadir untuk memeriahkan KBDO di samping dapat berkenalan dengan blogger blogger baru.

PENAJA RASMI KBDO 2015


Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my 
Yeos Malaysia www.yeos.com.my 
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com 

Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini.

12 comments: