Ekzema | Jiwa perlu kental hadapi orang awam


Apabila anak mommy kena ekzema, orang sana sini akan bercakap pasal anak. Jiwa perlu kental hadapi semua itu. Jika tidak, mengalir air mata.

Kebiasaan bila berjalan orang menegur, "Comelnya baby".

Pabila ekzema orang akan tegur, "Mak, mak tengok baby tu kenapa muka dia?".

"Kesiannya baby tu".

"Baby kena apa ni?".

"Kenapa muka baby berkudis?".

"Dah try pakai krim sekian sekian?".

"Dah jumpa doktor pakar?".

"Kesian akak tengok kulit anak makin teruk".

Tu baru sikit. Banyak lagi. Orang tengok je. Orang tak tahu apa mommy rasa.

Family termasuk daddy pon tak boleh jaga Anis Insyirah sebagaimana mommy jaga. Betul-betul kena alert. Kalau terlepas pandang sedikit aje dah merah berdarah dan berair pipi.


Berdarah dan berair itu adalah proses detox ekzema.

Benda tu kena keluarkan habis baru hilang gatal. Hilang ekzema.

Doktor pakar kata ekzema tiada ubat! Luluh hati ini.

Emak kata: "Allah bagi, Allah juga lah penyembuhnya. Berdoa banyak-banyak dan berusaha. Jangan putus harapan".

7 bulan mengadap Anis Insyirah yang mengamuk kegatalan dan akhirnya kami temui jalan.

Selamat tinggal kulit berair dan berdarah! Selamat tinggal gegatal!


Ada 10% under control. Alhamdulillah. Lega sangat.

Kepada ibu-ibu yang ada anak ekzema, boleh contact mommy irra. Mommy akan guide anda. Mommy bukan guna ubat magic, "Taraaa, baik dah". 7 bulan kami berjuang. Dan bukan setakat 7 bulan, malah sehingga sekarang satu keluarga kami masih mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.

Tiada lagi gula yang beracun.

Tiada lagi garam yang bertoksik.

Tiada lagi beras yang putih kosong semata tanpa khasiat.

Hendak dengan tidak sahaja untuk memilih makanan terbaik buat seisi keluarga.

Jangan tunggu dah sakit baru nak ubah diet. Masa tu, menyesal pon tak guna.

Jiwa kental itu boleh jadi lembut. Sebab mommy tetap seorang wanita. 


14 comments:

  1. kesian tengok. saya pun ada akzema di bahagian tapak kaki, gatal memang tak boleh tahan.. sedih tengok kulit tapak kaki tak cantik :(

    ReplyDelete
  2. Time yg gatal smp berdarah tu kesian sgt la tgk ank.

    Kalo g jln ada je mulut yg suggest sapu gincu kt muka ank.

    Ekzema its not about sapu cream je, diet mknn kene jg.

    ReplyDelete
  3. Alaihai.. comel je baby insyirah ni..kuat sungguh mommy.. alhamdulillah bby insyirah dah nampak okey sangat tu.. semoga allah berikan kesihatan yang baik untuk bby dan mommy..

    ReplyDelete
  4. Kesiannya.. Baru saya tau macam tu rupanya ekzema.

    Klik untuk baca entry terkini saya > Terima Kasih Sebab Sudi BW Part 2

    ReplyDelete
  5. boleh bayangkan kalau di tempat mommy... hurm...orang boleh mengata, yang merasa, mommy :( sembuhlah anis... janganlah diserang ekzema lagi...

    ReplyDelete
  6. eczema..mmg haru rasanya bila anak2 yang kena eczema

    ReplyDelete
  7. eczema?..nampak memang mengerunkan..kiranya Irra mmg tabah lah..alhamdulillah..si kecik anis pun dah sihat nampaknya

    ReplyDelete
  8. Assalam irra,
    Alhamdulillah
    seriously ira betul2 kuat
    proud of you
    really proud
    kalo iols la Ya Allah
    tak tau nak kata apa
    dok menaip pun jantung dok berdegup kencang

    ReplyDelete
  9. tabahya irra...mmg sgt teruk ya anis punya enzema..tgk gambar ni pun dah tak sanggup

    ReplyDelete
  10. tabahya irra...mmg sgt teruk ya anis punya enzema..tgk gambar ni pun dah tak sanggup

    ReplyDelete
  11. tabahya irra...mmg sgt teruk ya anis punya enzema..tgk gambar ni pun dah tak sanggup

    ReplyDelete