Apakah Kegunaan Aloe Vera?


Pagi-pagi hari ni keluar rumah, sayu rasa hati tengok pokok aloe vera. Hari tu dah cerita pasal aloe vera tahan panas. Pokok aloe vera ni makin beranak pinak. 


Pokok parasit pon berlambak. Maka tangan pon rajin membuang pokok-pokok tumpangan. Kemudian anak-anak aloe vera yang rapat-rapat tu dijarakkan.


Banyak-banyak pokok aloe vera ni nak buat apa? Sebagai hiasan je ke? Alasan terbaik: daddyG yang nak tanam sangat pokok ni. Eheee


Pokok dalam pasu plastik mommy tanam di atas tanah. Tak ambil gambar pula. So sekarang ada 3 sahaja pasu pokok aloe vera.


Aloe vera ni banyak kegunaan tau. Jom kita belajar serba sedikit pasal aloe vera.

Aloe vera digunakan sebagai anti-inflamasi, aloe vera dapat membantu mengatasi luka, digigit serangga atau masalah pencernaan. Jus aloe vera dapat membantu mencegah sembelit dan melancarkan saluran pencernaan. 

Ia juga digunakan sebagai penyembuh luka, aloe vera membantu untuk memperbaiki kulit yang luka dengan menyapu gel aloe vera pada luka. Boleh juga disapu pada jerawat atau terkena gigitan serangga.

Selain itu aloe vera digunakan sebagai antioksidan dan dapat meningkatkan metabolisme tubuh.

Aloe vera digunakan dalam produk kosmetik kerana ia membantu meningkatkan kadar oksigen yang berguna pada kulit, membantu menganjalkan kulit serta membantu mencegah penuaan.

Aloe vera secara tradisionalnya digunakan untuk menyuburkan rambut dengan cara memotong daunnya kemudian menyapu lendir yang keluar ke kulit kepala secara berkala. Biarkan seketika dan kemudian bersih dan bilas.

Boleh la selalu-selalu dan rajin menggunakan aloe vera macam ni, sapa tak nak kelihatan muda dari usia kan? :)

10 comments:

  1. masa kat uni ad member yg addict dgn pokok nie..
    dia akan letak dekt kepla dia...
    ayie xpenah trylh plk.. hehe

    ReplyDelete
  2. Bila pakai kat muka, sejuk aje... tp mengenyam jugak kalau ada masalah kulit muka.

    ReplyDelete
  3. comel-comelnya.....sekali besar esok nie mesti best......

    ReplyDelete
  4. sue suka sapu kt rambut dgn muka. dulu masa kecik2 mmg suka sgt buat.

    ReplyDelete
  5. nanti nak tanamlahh!! nak awet muda.. hihi

    ReplyDelete
  6. xpernah cuba pon aloe vera.. penah minum air aloe vera...hahah

    ReplyDelete
  7. Pernah dengar orang kata kalau anak demam mandikan dengan air rendaman aloe vera..pernah buat habis badan anak jadi gatal2..kesian..heheh

    ReplyDelete
  8. Nak letak dekat rambutla lepas ni hehe

    ReplyDelete
  9. semua aloe vera boleh digunakan sebagai makanan ka? atau ada jenis tertentu

    ReplyDelete
  10. setahu sis JM..boleh letak kat muka buat seperti pakai mask tu

    ReplyDelete