Borong Murah di GM Klang


Kami ke GM Klang lagi.

Bila? Bila? Bila? Mommy tak update pon?

Haa ni nak update laa... Baru-baru ni kami ke GM Klang sebab powerbank cabel charger dah rosak. iPhone 4S cabel charger yang beli hari tu 15 Julai 2014 pon dah habis.

10 kabel dalam masa 3 bulan? amboii makan ke cabel charger tu? ha ha ha.

Masih cerita yang sama bila si abang dan si kakak (mommy kena biasakan dengan panggilan ini) suka hati nak cabut atau pasang sendiri cabel charger ni dari iphone/ipad. Ada yang baru guna sehari dah kiok. Sabar je la.

Kami ke kedai yang sama. Tetapi orang yang menjaga berlainan. Terkejut india tu bila kami menjawab soalan beliau, "Encik nak jual ke cable ni?"

"Tak la, nak guna.", jawab daddyG.

"So suprised!", balas india tu bila kami bagitau sebab kami memborong cable charger tersebut. Memang dia senyum lebar lah sepanjang melayan kami memborong.


Hasil borongan kami adalah 10 cabel charger iphone 4S dan 4 cabel charger powerbank.


DaddyG beli jugak screen protector clear 5. Ha ha ha gaya macam nak menjual kan. 


Alang-alang dah sampai GM Klang ni, tak kan beli itu aje? Daddy pon senyum-senyum petanda baik. Boleh la beli sesuatu. Mommy nak carikan Anis Insyirah beg. 


Kat GM Klang ni, kalau nak murah kena memborong. So bukan dapat satu beg aje, Anis Insyirah dapat 2 buah beg. 


Adam Rayyan dapat selimut spiderman. Sebelum balik mommy cari kasut Anis Insyirah. Nak yang simple sahaja. sambil belek kasut ternampak cap spiderman yang cantik. Terus berkenan. Haa ni mak pak yang over. Anak tu tak minat cap. Dilayankan sebab dia minat spiderman. Tapi pakai sekejap aje. Buat amik gambar je. Pastu simpan dalam beg Iron Man dia lah.


Itu je yang mommy daddyG memborong. Bagus kan daddyG ni mengawal perbelanjaan. Mommy pon bagus tak ada nak mintak apa-apa. Hahaha siapa nak puji saya lagi. Tak rugi pon angkat bakul sendiri :p


Seronok Anis Insyirah berjalan dengan kasut dan beg baru. Dah gaya macam pari-pari nak terbang. Beg satu lagi ni pilihan daddyG. Untung la Adam Rayyan dan Anis Insyirah.


14 comments:

  1. dah lama teringin nak pergi ..tapi asyik tertangguh jer..

    ReplyDelete
  2. banyak jugak hasil borongan tu mama,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu barang mommy ada sekali baru jadi banyak. Ni beli barang wajib dan barang anak-anak. Jarang2 daddy depa beli.

      Delete
  3. Banyaknya sis beli. Memang dah murah sangatlah tu. Teringin nak pergi beli jugak tapi apakan daya. Saya tinggal dekat Sarawak ;(( http://angellovesoldier.blogspot.com/2014/10/personal-barang-kesayanganku-oktober.html

    ReplyDelete
  4. hihi.. comelnye pari2 kecik tu.. senang hati nampaknye..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Hikhikhik ni tahap nak menjual dah ni Irra .......

    ReplyDelete
  6. Mmg cabel iphone gitu ek? Nasi baik lah murahh. Hhehe. Comelnya beg kakakk!

    ReplyDelete
  7. dah lama tak pergi GM ..pergi sana pun 2 kali jer ;(

    ReplyDelete
  8. Cutenye beg si kakak...Aunty nak pinjam boleh tak Anis? hihihhh

    ReplyDelete
  9. awwww so comel beg hello kitty dengan selimut spiderman !

    ReplyDelete
  10. kalau GM mesti pening nk pilih brng.. yk sgt.. semua nak... haha.. anyway, comel beg Anis.. hehe

    ReplyDelete