Kalendar Cuti Sekolah Malaysia 2014 & 2015 Berformat ical / ics



Sebelum ini mommy irra ada share kalendar cuti umum Malaysia 2014 & 2015 Berformat ical / ics. Ok hari ni mommy nak share pula kalendar cuti sekolah Malaysia untuk tahun 2014 & 2015. Bagi yang ada anak yang bersekolah, tarikh cuti sekolah ni boleh dikira penting juga kerana akan memudahkan para ibubapa merancang masa untuk bercuti dan berlibur dengan anak-anak. Tarikh untuk kenduri-kendara juga biasanya bergantung pada tarikh cuti sekolah.

Alang-alang daddyG dah buat kalendar cuti umum Malaysia, mommy request sekali kalendar cuti sekolah.

Di sini mommy irra nak kongsikan cara-cara untuk masukkan/import/subscribe kalendar ini ke peranti iOS, juga ke Yahoo dan Google Calendar. Selepas itu semua cuti-cuti sekolah di Malaysia 2014 & 2015 akan terpapar secara automatik di kalendar masing-masing.


Automatic Method:
Klik pada link ini l.irrayyan.com/malaysiaschoolholidays. (hanya untuk peranti iOS)

Manual Method:
Untuk langkah-langkah setting/tetapan secara manual, boleh rujuk pada posting sebelum ini. Pastikan url ditukar kepada url baru http://l.irrayyan.com/malaysiaschoolholidays.


Sumber kalendar cuti-cuti sekolah di Malaysia adalah daripada website moe.gov.my: 2014 dan 2015


7 comments: