Kalendar Cuti Umum Malaysia 2014 & 2015 Berformat ical / ics


Mommy irra tenung Calendar app dekat iPhone dan iPad ni kosong. Nak buat perancangan balik kampung atau jalan-jalan pon payah sebab kena mengadap PC dan cari kalendar cuti umum di internet.


So mommy irra request dengan daddyG supaya kalendar cuti umum Malaysia ni diletakkan siap-siap dalam iPhone mommy.

Dengan pantas daddyG selaku suami yang prihatin dan penyayang menjalankan misi mencari kalendar cuti umum dan cuti am di Malaysia untuk tahun 2014. Semasa pencarian, terdetik di hati daddyG, "kenapa tidak kita sediakan 1 kalendar yang mengumpulkan cuti-cuti umum dan am di Malaysia untuk tahun-tahun mendatang yang boleh dikongsikan kepada orang ramai dengan mudah.". Tidak perlu lagi bersusah payah untuk menaip semula kalendar tersebut ke Calendar app pada peranti masing-masing.

Di sini mommy irra nak kongsikan cara-cara untuk masukkan/import/subscribe kalendar ini ke peranti iOS, juga ke Yahoo dan Google Calendar. Selepas itu semua cuti-cuti umum dan am di Malaysia 2014 & 2015 akan terpapar secara automatik di kalendar masing-masing.


Automatic Method:
Klik pada link ini l.irrayyan.com/malaysiapublicholidays. (hanya untuk peranti iOS)

Manual Method:
Peranti iOS
1. Pilih Settings > Mail, Contacts, Calendars > Add Account.
2. Pilih Other.

3. Pada CALENDARS di bahagian paling bawah, pilih Add Subscribed Calendar.
4. Masukkan url http://l.irrayyan.com/malaysiapublicholidays pada kotak input Server.

5. Selesai.

Yahoo Calendar
1. Layari calendar.yahoo.com dan login dengan akaun anda.
2. Di sidebar kiri, klik pada icon gear pada menu Others.
3. Pilih Follow Other Calendars.

4. Isikan nama kalendar.
5. Masukkan url http://l.irrayyan.com/malaysiapublicholidays pada kotak input iCal Address.

6. Selesai.

Google Calendar
1. Layari calendar.google.com dan login dengan akaun anda.
2. Di sidebar kiri, klik pada icon arrow pada menu Others calendar.
3. Pilih Add by URL.

4. Masukkan url http://l.irrayyan.com/malaysiapublicholidays pada kotak input URL.

5. Selesai.
*Google Calendar mungkin ambil masa sehingga 8 jam untuk populate ICS feeds. Harap bersabar


Inilah rupa Calendar app pada iPad mommy irra setelah men-subscribed  kalendar cuti umum dan am Malaysia sehingga tahun 2015. Terima kasih daddyG.


p/s: daddyG kata nanti dia akan update kalendar cuti untuk tahun 2016 dan seterusnya apabila sudah di-endorsed oleh kerajaan. Sumber bagi cuti umum dan am: 2014 dan 2015.

5 comments:

  1. wah.. best ni... tak perlu susah2 nak tanda bila cuti ^^

    ReplyDelete
  2. Ala... tak pakai ipad mahupun iphone. Zizie pun kekadang xsedar bila cuti umum bagai. Kalau time sekolah, lain la citernye.

    ReplyDelete