Tidak Selesa di Tempat Baru

Kalau pergi mana-mana tempat baru, termasuk lah rumah sewa baru ni, jangan lah tinggal Anis Insyirah sendirian. Letak je dia menangis! 

Cuba tengok gambar di bawah. Padahal tak ada la bersendirian pon. Adam Rayyan ada je sebelah tu. Mommy cuma letak dia sebab nak ambil gambar je. Akhirnya dapat gambar tangisan. Alololooo anak mommy sayang..


Kali ni nangis sebab lapar. Jangan lambat sikit pon bagi makan. Nangis ja dia pandai. Pening kepala mommy daddy dengar bunyi tangisanmu adik! 


Bahagia dapat makan. Mommy memang dah bekalkan makanan dan minuman buat mereka. Perut anak-anak perlu di jaga supaya duduk diam. Hik! 


Pastu menangis lagi. Kali nak apa pulak? Hahaha dah makan, perut pun kenyang. Mau tidur pulak! Tidur kat pangkuan mommy.


Kerja-kerja mencuci rumah jadi perlahan sebab daddy seorang sahaja mengemas.   Pukul 2 petang baru habis. Penat sangat! 

5 comments:

  1. alahai kesian anis insyirah.. sabarlah kak ira.. rumah baru memang macam nie kak ira.. adik anis dulu pon cmtu jugak.. menangis je..

    ReplyDelete
  2. alolo cian dia.. ira, pindah kat mana? kali ni dapat rumah single story ke? area seksyen berapa?

    ReplyDelete
  3. Alololo....nasib mommy irra penyabar orgnye ^^

    ReplyDelete
  4. Bila anak menangis ibu ler yg paling kalut huhuhuu

    ReplyDelete
  5. rumah sewa yg baru ni nampak lebih luas dan cantik lah irra

    ReplyDelete