Homemade Coconut Shake


Mommy irra menaip entry ni bukan sebab masih berjaga. Terjaga sebab si Anis Insyirah ni buat tempoyak malam-malam. Eh pagi-pagi buta ni. Apa kes pon tak tahu lah. Daddy dah lari tidur di luar. Alangkah best kalau mommy pon boleh lari :p 

Sekarang ni tengah nangis macam dalam gambar di bawah rasanya. Tak reti nak pujuk dah. Buat tak tahu. Lagi dia nangis.

Pastu kejutkan dia. Bagi celik mata dia tu. Buka Mawa Kawa, Anis Insyirah punya feveret kartun. Letak roti dan air masak. Diam la dia layan makan sambil tengok kartun. 


Entry tajuk lain tapi intro kelaut dalam. Panjang lebar pulak tu. Haha. Baru masuk tajuk sebenar. Malam tadi ni mommy buat coconut shake tanpa susu pekat. Tengok di kedai campur susu pekat. 


Tapi sedap je pon tanpa susu ni. Letak sikit gula organik dalam setengah sudu. Sebiji kelapa dapat lebih dari 600ml. Harga sebiji kelapa RM3 beli kat seksyen 18. So far kat sini ja boleh dapat murah. 


Tengok Anis Insyirah minum. 


Hmmmm sedappppp mommy buat coconut shake ni !!!

Antara khasiat air kelapa ni:

Dapat meneutralkan kembali kadar racun dalam tubuh kita.

Sedar ataupun tidak sebenarnya setiap hari kita memakan makanan yang beracun. Buah yang dibeli di pasar mengandungi kadar racun begitu juga dengan sayur-sayuran..Tujuannya adalah untuk mencegah dari serangga makhluk perosak.

Gula pon beracun. Garam pon beracun. Tepung pon beracun. Teknologi yang canggih menghilangkan zat asal makanan tersebut sehingga membahayakan kesihatan kita. 

NOTA :

Sebaik-baik air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya.

Jangan minum air kelapa terlalu kerap sehingga melebihi 2-3 biji sehari kerana boleh memudaratkan sistem saraf anda.



Live update :)

15 comments:

  1. sy msa pegnen blh kata hari2 minum.tmbh2 lps 7bln sbb org kata nt time bersalin uri bersih dan bb pon bersih.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Sebab demam kan. Xsey letak ais/aiskrim..heeee

      Delete
  3. hihihi rajin :D CT beli sajalah tapi itu pun kena share share sebab tak berapa lalu sangat.

    ReplyDelete
  4. air kelapa bagus untuk cuci darah nyahtoksin dlm badan.

    Ibu mengandung elok ambik

    Org demam pun elok ambik

    Sue (sihatitunikmat.blogspot.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ubat cuci darah ekzema anis insyirah pon. Dh berbulan2 menjadi amalan.

      Delete
  5. baru tau khasiatnye.. thanx sharing :)

    ReplyDelete
  6. Assalam..

    Bestnyer dia minum air kelapa yer..hehe

    ReplyDelete
  7. sedap sangat ni ! semua pakai blender aritu ye mommy ! kelapa ni kalau sha minum tak boleh nak stop.... feveret !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.!blender tu beli kat seng heng. Rm102 2tahun warranty.

      Delete
  8. Nak resepi sebenar coconut shake iraaaaaa... itu peveret i tau...

    ReplyDelete
  9. Ira..guna blend tu halus tak ice dia?

    ReplyDelete
  10. Jaga kesihatan! Kurangkan minum ice blended tu ye mommy irra :-)

    ReplyDelete