Balm Bayi Tok Syed membantu kami sekeluarga

Mommy dan anak-anak tak sihat. Anis tak pernah kena asma, terkejut juga mommy mendengar nafas anis yang semput. Adam dan Amal selsema. Lepas beberapa hari Anis kena asma, mommy pula berjangkit sama.

Asma ni akan buat kita melepek sebab tak larat nak bernafas pon. Kalau buat kerja lain, jadi lagi penat dan letih. Ia bukan asma kronik.. Masih boleh bernafas, cuma nafas berbunyi kuat..

Mommy tak pergi klinik. Susah nak terangkan dengan orang kenapa kami bertegas tak nak ambil ubat sintetik. Kami ada alasan kami yang rasanya tak perlu mommy nak jelaskan. Panjang cerita nanti.

Kalau sakit yang memerlukan peralatan canggih seperti sakit telinga, hat ni kita terus ke hospital.. Jangan kata mommy tak percaya doktor langsung.. Doktor bukan lah jalan terakhir.. kita tengok situasi.. Mommy sendiri masih menjalani fisioterapi untuk shoulder dislocation di Hospital Shah Alam. Terapi tak perlu ambil ubat.

Penyelesaian selsema, batuk, asma

Mommy dapatkan Tok Syed Balm Bayi. Mommy merawat secara semula jadi.. Sebelum ada balm bayi mommy bagi makan madu.. Stok minyak kelapa dara pula dah habis... Kalau tak, dua benda tu mommy guna untuk rawat demam batuk anak mommy...
Balm Bayi Tok Syed
Sebenarnya, sapu minyak bayi pada anak sudah menjadi amalan mommy semasa mereka bayi. Bayi yang tak reti menyesuaikan diri dengan dunia baru, mudah terkena kembung perut apabila kesejukan. Jadi mommy akan sapu minyak bayi pada ubun-ubun, dada, leher, belakang, perut, bontot, paha dan kaki.. kira macam dah sapu satu badan.. Baby akan rasa selesa dan anak mommy ketiga-tiga ni kuat tidur masa mommy dalam pantang.. Susah sangat nak dengar bunyi suara mereka walaupon hanya suara tangisan.. 

Itu amalan mommy semasa anak masih kecil. Anak dah besar dan ada tiga ni tak sempat dah nak godek-godek selalu..hehe... Bila dah terkena sakit, baru cari jalan penyelesaian.. itu yang mommy cuba dapatkan juga Balm Bayi Tok Syed.
Balm Bayi Tok Syed membantu melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat
Balm Bayi Tok Syed dibuat menggunakan Petua Herba Warisan untuk membantu melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat.

Jadi fungsi Balm Bayi Tok Syed ni menguatkan lagi hati mommy untuk membantu menyelesaikan masalah kami anak-beranak. 

Sapukan Balm Bayi Tok Syed pada dada
Caranya mommy sapukan Balm Bayi Tok Syed pada beberapa kawasan seperti bahagian T muka, leher, dada, belakang, kaki dan tapak kaki.
Balm Bayi Tok Syed bantu anak mommy tidur lebih lena
Balm Bayi Tok Syed tak panas dan berbau sedap. Anak-anak tak menolak apabila mommy sapukan pada mereka. Haaa mommy bukan sapu pada anak sahaja, mommy juga sapu pada diri sendiri.

Mommy sapu setiap hari dan alhamdulillah. Daripada mommy susah nak tidur, boleh tidur lena. Lepas beberapa hari mommy dah takde asma. Nafas dah kembali normal dan mommy boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Anis bukan sahaja dah baik lelah, malah tak dengar dah Anis batuk-batuk. Anis kembali ceria dan aktif. 

Amal masih on off selsema sebab Amal ni suka main air. Suka makan aiskrim. Haa yang ni mommy tak dapat nak tolong.. tak bagi main air atau makan aiskrim lagi dia bising.. Asalkan Amal tak meragam, mommy ok sangat dah..

Kandungan Balm Bayi Tok Syed

-Lilin Lebah
-Minyak Kelapa Dara
-Minyak Bunga Matahari
-Essential Oils

Indah sungguh ciptaan Tuhan.. Minyak kelapa dara dari buah kelapa.. Madu dari ribuan lebah... Boleh memberi kesembuhan... Begitu juga ciptaan Tuhan yang lain... Ada kegunaan masing-masing dalam membantu menyembuhkan sakit kita..

Jadi percaya lah produk natural(tanpa bahan kimia) boleh merawat tanpa kesan-kesan sampingan sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Walaupon rawatan semula jadi mengambil masa untuk pulih, namun dengan keyakinan yang penuh, doa banyak-banyak moga diberi kesembuhan, insyaAllah hilang penyakit tu.. macam mommy rawat ekzema Anis dulu.. 

Kini amalan semasa anak mommy kecil, mommy praktikkan semula memandangkan cuaca yang sekejap sejuk dan sekejap panas. Kita yang dewasa pon boleh kena sakit, apatah lagi kanak-kanak. Malam-malam sapukan Balm Bayi Tok Syed selepas anak-anak dah tidur. 

Mommy standby Balm Bayi Tok Syed dalam handbeg. Senang nak guna pada bila-bila masa. Mommy dah ada satu, korang pon kena ada satu! 

16 comments:

  1. Macam ok juga ni balm ni. Mungkin kena ada satu bagi setiap keluarga. Mana tahu jika perlu ke kan

    ReplyDelete
  2. Looks good for baby. Will buy 1 to try it out.

    ReplyDelete
  3. Sekarang banyak dah balm baby ada di pasaran kan. Bagus lah cam ni..senang nak cari mana yg bersesuaian dengan bayi dan lagi senang kalau satu botol boleh banyak kegunaan so tak payah beli banyak2

    ReplyDelete
  4. Kalau nak pakai bagi orang dewasa pun ok kan? Kita pun semput jugak dah sampai asyik nak telan ubat aje. Boleh la cuba balm ni sb baunya sedap. Tak suka kalau yang kuat sangat baunya kan.

    ReplyDelete
  5. Kesiankan anak2 kalu batuk selsema memang xleh tidur. Anak xtidur mak pun lagi la xleh tidur

    ReplyDelete
  6. klu ada kecik kat umah, balm mcm ni mmg kena ada standby

    ReplyDelete
  7. memang bagus ada produk begini. setiap rumah patut stanby satu. Tambahan sekarang memang musim batuk & selsema

    ReplyDelete
  8. Bagusnya produk Balm Bayi Tok Syed ni dah lah tiada bahan kimia lepas tu selamat digunakan pulak tu.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  9. heard of many good things about this balm.. definitely need to keep one around the house....

    ReplyDelete
  10. Tak pernah guna balm Tok Syed ni... Panas tak Balm ni.

    ReplyDelete
  11. Sedap bau balm ni. Tak panas memang sesuai dengan baby. Orang dewasa pun boleh guna

    ReplyDelete
  12. dah banyak blogger review balm ni, rasanya I perlu beli juga untuk perut kembung anak I

    ReplyDelete
  13. bagsula bahan balm tok syed ni..boleh beli untuk babyjadi minyak telon baby nnati

    ReplyDelete
  14. Ramai betul orang guna produk ni. Mesti bagus sangat2. Leh beli la nanti

    ReplyDelete
  15. Baby saya ada bronchitis, memang sentiasa sapu vicks selepas mandi. Mungkin lepas ni boleh try balm ni juga

    ReplyDelete
  16. Kalau onie suka balm macam ni, seronok nak sapu kat kaki dan perut... Ramai dah onie tengok share pasal balm ni.. Meriah,hihhi

    ReplyDelete