Tak lengkap bilik air tanpa cermin!

Ini antara penyebab mommy sampai ke Ikea. Mencari cermin untuk diletakkan dalam bilik air. Bila dah pasang cermin baru lengkap bilik air ni. 


Harga cermin tu RM59. Kedudukan cermin tu boleh la nampak muka mommy tanpa menjengket. Cermin ni buat kelebek jerawat masa cuci muka. Tak puas juga nak bersiap pakai tudung kat sini. Takpe, ada cermin lain lagi. :P

Bekas sabun di sebelah kanan tu pon dari Ikea juga. DaddyG sayang la nak tebuk dinding tile rumah dia. Jadi kita cari yang boleh lekat dan melekap kuat. Kononnya tahan untuk letak maksimum 3kg barang. Nak tengok testimoni kena tunggu la berapa lama ia boleh bertahan. 


Gigih la daddyG mendeko bilik air beliau. Rumah sendiri kan. Kita pon tak beli "first house". Rumah ni adalah "second house" yang direnovatekan. 

Dalam gambar mesti la nak bagi nampak cantik. Hahaha. Realiti kena datang tengok sendiri bilik air daddyG. Sambung gelak lagi. Hahahaa. Mommy akan panggil rumah daddyG sebab memang rumah daddyG lah kan. Mommy tumpang jerr :D

Bersyukur lah ada tempat berteduh. Ada tempat mandi. Ada cermin muka bulat. Alhamdulillah. 

5 comments:

  1. Org pmpn mne blh hidup tnpa cermin, blh jd stress tau....

    ReplyDelete
  2. keperluan cermin tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. wahhh comelnya bilik mandi mummy

    ReplyDelete
  4. best nye cermin besar..kite cermin kecik je..hee

    ReplyDelete
  5. memang wajib ada cermin.
    kekadang gosok gigi pun aida sibuk nak tgk cermin.
    apatah lagi bab cuci muka.
    tabiat ni menurun kat anak2 dara aida berdua tu :)

    ReplyDelete