#Cabaran20Hari | Bajet Sederhana Raya 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya #HariKeduabelas #BajetRaya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Bajet Rays

Cabaran 20 hari kali ini adalah bajet raya. Bajet raya sebelum mommy irra kahwin mesti ada baju raya, kasut raya dan tudung raya yang disponsor sepenuhnya oleh abah, kakak-kakak dan abang-abang.

Apabila sudah bersuami, bajet raya dibuat sepenuhnya oleh DaddyG. Mommy irra hanya diberi amanah untuk mencari dan daddyG juga yang memberi kata putus.

Mommy cerita pasal bajet raya bila dah kahwin dah la ye. Hehe. Seronok mengimbau kembali kenangan dan persiapan raya yang lepas.

Raya 2011
Masa ni mommy tengah sarat mengandung. Hari raya kandungan mommy berusia 37 minggu. Dengan sarat dan gementar menunggu hari bersalin, memang tak ada hati nak beli baju raya. DaddyG pula pakai baju akad nikah. Bajet raya adalah duit minyak dan tol balik ke kampung. Tahun 2011 mommy pertama kali beraya dengan daddyG dan kami beraya di Kedah. Raya kedua mommy dah selamat melahirkan anak pertama kami.

Raya 2012
DaddyG taknak beli baju Melayu. Maka mommy belikan t-shirt untuk daddyG. Tahun kedua beraya bersama barulah dapat merasa berpakaian sedondon warna iaitu ungu. Baju melayu Adam Rayyan RM50. Baju raya mommy berharga RM320(ingat-ingat lupa, rasa betul dah). Ini lah satu-satu nya baju mommy yang paling mahal seumur hidup. Baju akad nikah pon tak mahal macam ni. :P
Alkisahnya mommy nak cari baju yang murah-murah sahaja. Tapi semua tak berkenan. Akhirnya yang mommy dan daddyG berkenan yang mahal ni. Orang bayarkan, kita pakai jela,
Selain itu, bajet songkok Adam, tudung mommy serta kasut mommy dan Adam. Bajet lain adalah tol dan minyak pulang ke kampung (giliran kampung daddyG) serta kuih raya.

Raya 2013
Hari raya pertama 2013 mommy baru habis pantang. Giliran beraya tahun ini adalah di kampung mommy. Maka mommy beraya sakan lah. Beberapa hari sebelum raya mommy keluar ke Pekan Baling, cari baju raya. Tema raya 2013 adalah hijau daun pisang. Shopping baju raya di Gary Mart, Baling adalah keputusan yang bijak. Baju Melayu daddyG dan Adam, dan dress mommy boleh dapat harga bawah RM200. Jimat banyak, Hehe. Best sebab daddyG nak pakai baju melayu sedondon. Bajet lain adalah tol, minyak dan kuih raya.

Raya 2014
Kali kedua kami beraya di kampung daddyG. Kali ni tema adalah hijau turqoise. Nampak tak kami sekeluarga berjimat? Baju raya seorang sepasang sahaja.

Raya 2015
Raya kali ini, mommy bersetuju beraya di Kelantan memandangkan mommy dah lama berpantang di kampung. Sebenarnya ada sedikit penyesalan apabila teringatkan raya tahun lepas tak beraya dengan mak abah. Raya tahun ni pon tak dapat peluk cium mak abah. Tapi keputusan pon dah dibuat. Maka mommy kena redha lah. Bajet raya tahun ni mesti lah bertambah sebab ahli keluarga pon dah bertambah. Tema apa? Tema masih rahsia. Belum habis shopping lagi. Baju mommy dan daddyG tetap sepasang sahaja. Baju anak-anak mungkin lebih bergantung kepada daddyG. Hujung minggu ni baru nak sambung beli baju.

DaddyG seorang sahaja yang bekerja, maka mommy Irra tidaklah meminta berlebihan. Cukup lah ada baju dan tudung yang sepadan. Kasut hanya dibeli apabila rosak. Anak-anak yang kami utamakan. Tahun ni mommy tak beli kuih raya.


Panjang lebar bercerita pasal bajet raya selama 5 tahun. muahahahaa...Membazir itu amalan syaitannnnn.                                                                                                                                                                                                                                                                             

0 comments:

Post a Comment