68 minit anak terkurung seorang diri


Malam tadi daddyG keluar pukul 8 malam. Anak-anak bila tak ada daddy je mereka pon akan buat macam-macam hal.

Amal menangis.

Adam merengek.

Anis? Dia main di bilik belakang.

Mommy nak tutup lampu bilik belakang, Anis tak bagi.

Tiba-tiba, Adam nak buka pintu tak boleh. Sudah! Time daddy tak ada la nak jadi macam ni.

8:58 malamMommy call daddyG.
DaddyG suruh pujuk Anis buka pintu. Mommy tahu yang Anis tak reti nak buka pintu. Semalam dia meraung kat bilik atas sebab Adam tutup pintu.

Mommy cuba pujuk Anis bukakan pintu. Anis membebel-bebel suruh buka kan pintu. 

9:04 malam : Anis mula memanggil-manggil mommy.

Mommy usaha la guna kad. Zaman duduk kolej selalu juga la buka pintu dengan kad bila tertinggal kunci. Malang nya tidak berjaya sebab pintu ketat sangat.

9:23 malam : Anis mula menangis. Sedihnya. Sabar sayang. Daddy dah balik tu.

Adam marahkan mommy sebab tak keluarkan Anis. Dia mesti ingat mommy tak sayang Anis biarkan Anis menangis seorang diri dalam bilik. 

Sedihnya dengar Anis menangis sambil menjerit "Takut...takut..takut..."

9:48 malam : DaddyG sampai. 50 minit daddyG nak sampai rumah. Kesian Anis. 

9:50 malam : DaddyG memulakan usaha menyelamatkan anaknya.

10:06 malam : Pintu berjaya dibuka. Mommy dapatkan Anis dan peluk dia. Basah kuyup baju Anis. Berpeluh-peluh sebab bilik belakang tu tak ada kipas.


Kemudian, daddy pulak peluk Anis. Menenangkan Anis yang ketakutan. 

Setelah 68minit terperangkap dalam bilik

Hanya bilik itu sahaja yang tak ada kunci. Kejadian ini memang tak disangka. 

Tombol pintu dikopak oleh daddyG

Lepas ni insyaAllah tak akan berulang lagi sebab pintu pon dah tak ada tombol. Bila ada tombol baru, kunci pon akan ada.

Barang yang digunakan untuk kopak tombol pintu

70 comments:

  1. Replies
    1. lain pulak yg FR nampak he he he

      Delete
    2. pandangan FR mmg jauh berbeza..

      Delete
    3. Tulahhh kan CN & Anis... kalau bonde tgk keadaaan Anis dulu....

      Delete
    4. Kalau tak sado.. mana mahunya dapat bukak pintu tu...haha

      Delete
  2. sedih sy tgk muka anis yg berpeluh2 tu..aduhai..kesiannya dia...dia baya2 anak sy so dpt byg mcm mn klo anak sy jadi mcm tu.mmg xtentu arah la sy..ada plak sy yg menangis huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah takut budak2 mesti nages menjerit2...
      cian anis... lepas ni takut dah nak main seorang

      Delete
    2. anis mmg kuat..selamat tak jadi apa2

      Delete
    3. Mase kak ira bgtau tu anis dok pikir anis je.. Alahai.. Kesian tgk muka dye..

      Delete
    4. alhamdulillah x jadi apa-apa....

      Delete
  3. huh menakutkan sebab SA sendiri pernah terperangkat dari dalam bilik..bayangkan dari dalam bilik x leh keluar...sib baik handphone ada dalam bilik....call la sesapa untuk mintak tolong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA mcm kawan cn, terkurung dalam bilik sbb tombol pintu bermasalah

      Delete
    2. tu pon kene dapat bantuan cepat kalau tak boleh pitam lelama dlm toilet

      Delete
  4. alaaa... pandainya Adam.. sayang kat adik ye...
    tapiiii..salahkan Mommy lah pulak... hehehehehe... :)

    ReplyDelete
  5. anak-anak..... gitu lah kalau nak uji Mommy.. ada je macam2 idea depa.... :p

    ReplyDelete
  6. Mommy panik tak.....??!! huhuhuhuuu... kalau kak ain tu, dah pucat muka... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. nebes , panik bersaing2 kalau bonde

      Delete
    2. Opkos panik.. Lagi2 dengar anak nangis..

      Delete
    3. kalau cn mmg darah naik kepala dah

      Delete
    4. anizz yg besar jgn nakal2 macam anis yg kechik tau...... hehehehheee... :)

      Delete
  7. Pernah juga alami situasi yang sama. kena lebih berhati2 lepas ni yer mommy irra

    ReplyDelete
  8. adoii kesian Anis... berpeluh2 sebab panas
    Alhamdulillah Dady sampai cepat... Anis selamat "benda nak jadi mmg tak disangka... "

    ReplyDelete
  9. adoi... klu KM panik dah ira... kesian anis, mesti fobia dah dia pas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 anis ok lps ni, takmo la fobia2

      Delete
  10. Alahai anak ...mcm2 hal la. Ank2 sue pun rapat dgn daddy.

    ReplyDelete
  11. kesiannya Anis...boleh bygkan mcm mana keadaan dia sorang2 dlm bilik tu...mesti dia takut....

    ReplyDelete
  12. kesian anis, adam buktikan dia sayang kat adiknya, mommy pasni beli stopper pintu kay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul. Rumah Sha memang ada stopper kat belakang pintu. Sbb takut anak buah yg kecik 2 orang tu terkunci. Diorang suka main belakang pintu. Risau.

      Delete
    2. yupp... berguna sngt2 stopper pintu tu... ;)

      Delete
    3. bagus ada stopper ... untuk elak tangan tersepit pon yea...

      Delete
  13. kesiannya anis. lepas ni dia tak berani dah tu nak main kat bilik tu

    ReplyDelete
  14. ampun irra.lama sgt tu,berpeluh2 dia.kesiannyaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pincess kena camtu...camne la agaknya kann... huhuhuu... :)

      Delete
  15. kalau CN kena mesti darah dah naik ke kepala, neves tu...anak kita tu, sorg2 lak dlm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaannnn... memang neves abisss lahhh... :(

      Delete
    2. Bonde pon sama teringat masa Fatin kecik2 dulu

      Delete
  16. mommy pasni kena belajar kopek pintu pulak kan..sian anis..berpeluh-peluh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teknik kopek pintu tu kena tau ye

      Delete
    2. camne kopek pintu tu Ami....? adakah seperti mengopek durian...??!! hahahahhaaa... :p

      Delete
  17. Kesiannya Anis. Mesti takut sangat tu. Tapi takpe, lepas ni dah ada kunci untuk semua pintu, InshaAllah tak kan jadi kejadian terkunci lagi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... aamiin..

      peringatan utk kita semua jg kan... :)

      Delete
  18. alahai sian syg anis...
    berpeluh-peluh.
    mujur xde pe mudarat yg terjadi.
    alhamdulilllah :)

    ReplyDelete
  19. ALHAMDULILLAH..aniss tak ape2..

    ReplyDelete
  20. Scarynya......sian dia sorang2 dalam bilik tu

    ReplyDelete
  21. dulu dulu masa adik kak eny kecik kecik mmg risau kalau diorang terkunic dlm bilik.. nak buka tu tak reti pulak.. kunci reti hehehhe

    ReplyDelete
  22. alah cian..huhu moga dilindungi aamin...

    ReplyDelete
  23. siannya anis
    berpelluh peluh haaaa

    ReplyDelete
  24. ayoh sian anis haaa. takpa budak pandai memang gitu IQ tinggi kan..

    3 Sebab Anak kuat Mengamuk

    ReplyDelete
  25. Sel-sel otak tengah berhubung tu.. Alhamdulillah Anis tak ada apa2..

    ReplyDelete