Apa yang Anda Perlu Tahu Fungsi Kolesterol


Hari tu mommy ada cerita pasal kolesterol baik dan kolesterol jahat. Makanan merupakan punca terbesar menjadikan kolesterol jahat bermaharajalela dalam badan dan punca penyakit.


Kolesterol tak semua jahat. Sebut kolesterol je menjadi punca penyakit. Ohh tidak!! Kita tak boleh abaikan kolesterol. Kita kena makan kolesterol baik untuk melawan koleterol jahat.

Sebagaimana mommy selalu bercerita sebelum ini, 90% makanan proses mempunyai HVO(hidrogened vegetable oil) yang merupakan bom segala penyakit. HVO ini lah yang menyumbang kolesterol jahat dalam badan kita. 

Siapa yang kuat sangat makan makanan berHVO akan mudah mendapat penyakit samada short term atau long term. Itu yang muda-muda dah mula berpenyakit. 

Kolesterol baik banyak fungsinya. Jom kita belajar sikit. Bagaimana kolesterol yang bertanggungjawab untuk banyak fungsi kritikal boleh menjadi begitu buruk?

1. Kolesterol adalah pelopor kepada semua steroid seks (progesteron, testosteron, estrogen)
2. Kolesterol membolehkan badan anda untuk membuat vitamin D (kekurangan vitamin D menyebabkan penyakit jantung)
3. Kolesterol membolehkan badan anda untuk membuat Koenzim Q10 (CoQ10 Kekurangan menyebabkan kegagalan jantung kongestif dan tekanan darah tinggi.)
4. Kolesterol membantu melawan jangkitan virus dan bakteria
5. Kolesterol diperlukan untuk sel-sel otak untuk membentuk sinaps komunikasi.


Maka di sini mommy nak semua pembaca buka mata. Kenapa la selama ni mommy irra dok sebut HVO. HVO akan menggagalkan segala fungsi kolesterol baik dalam badan. 

Sedih tak kalau kita dapat tahu saudara terdekat mengalami sakit kronik? Alaa dah genetik keluarga..

Kita hanya akan mewarisi penyakit genetik keluarga sebanyak 10% sahaja. 90% lagi penyakit datang dari gaya hidup dan pemakanan harian kita.

Jom amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat! 

8 comments:

  1. Kene control dr awal....
    Amalkan gaya hidup sihat

    ReplyDelete
  2. Ok..nak pi tambah kolestrol baik jap..heheh

    ReplyDelete
  3. masih tak faham. apa sebenarnya kolestrol baik? macam tak dinyatakan?

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Kne jaga pemakann supaya hindar dari sbrg penyakit

    ReplyDelete
  5. boleh makan tp kena beringat..jgn berlebihan..

    ReplyDelete