5 tanda awal akan bersalin


Apakah tanda-tanda bahawa mommy akan bersalin? Bagaimana hendak membezakan antara tanda yang sebenar dan palsu?

EDD Estimated due date yang telah lama diketahui akan buat mommy berasa bimbang tentang tanda-tanda awal bersalin. 

Bagaimana mommy akan tahu apabila sudah tiba masanya untuk membawa beg hospital dan pergi ke hospital bersalin? Bila ada tanda-tanda hendak bersalin seperti;

1. Turun darah

2. Pecah air ketuban
Pecah ketuban "pop" dan keluar air banyak.


3. Keluar lendir tebal

4. Baby kurang bergerak 
Kiraan baby seawal jam 9 pagi hingga 9 malam haruslah cukup 10 kali.

5. Contraction Tetap
Sakit bersalin palsu (Braxton Hicks) mudah keliru dengan sakit contraction sebenar tetapi keduanya mempunyai ciri yang berbeza. 

Jika kontraksi adalah tidak tetap, tertumpu di bahagian bawah abdomen atau tidak menjadi lebih teruk dari masa ke masa. Cuba tukar kedudukan atau berjalan-jalan - kesakitan tersebut surut sedikit? Ini adalah false contraction.

Kontraksi benar adalah tetap, mempunyai peningkatan jelas dan penurunan dalam aktiviti baby, dan tertumpu di kawasan pelvis.


Jangan menghabiskan masa terlalu banyak menganalisis, walaupun mommy rasa masih di awal peringkat bersalin. Terus ke klinik untuk persediaan kelahiran baby.

Pengalaman pertama dan kedua adalah pecah air ketuban. Pertama pecah semasa tengah makan di dapur pada malam Hari Raya Pertama pada usia baby 37 minggu. Kedua pecah semasa baring untuk tidur tepat tarikh EDD, baby 40 minggu.
Semoga dipermudahkan urusan beranak anak yang ketiga. Aaminn...

12 comments:

  1. Assalam Irra, sis JM datang ni :-) bila due date?

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah. Smg dipermudahkan segala urusan bersalin irra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kash sue..selalu doakan irra...semoga sue dah pn keluarga sihat

      Delete
  3. dayah doakan kak irra dipermudahkan segala urusan..x sambar nak tengok baby ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn ..terima kasih dayah...tak sabar sampai typo ye,.hehe
      Akak pon lagi tak sabar

      Delete
  4. ditag :)
    http://cuteandadorable-is-sugarmeow.blogspot.com/2015/02/iphone-5s-giveaway-by-syafiqspecki.html

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segalanya nanti kak irra ^^

    ReplyDelete
  6. aiyaaa typo


    semoga dipermudakan kan irra

    ReplyDelete