Assalamualaikum... Sekejap je dah masuk bulan dua... Selamat datang Februari.. Ini gambar pertama mommy hari ini.. Amal bangun awal hari ini dan tidur semula..
Gambar 1 Februari 2017
Mommy dah jarang update blog? Uhuk.. Bila mommy serabut dan moody je terus mommy tak ada idea nak update blog.. Hurmm hurmm... 
Sebenarnya banyak cerita dah tergendala.. DaddyG pon dah mula membebel mommy tak update blog..opsss

Moga bulan ini mommy tidak mencampuradukkan antara blog dan emosi...wakakakaa... 

Hari ni pon mommy sakit urat belikat... Malam tadi banyak kali terjaga sebab sakit sangat.. So sekarang ni macam kena tidur jugak sebab dah mengantuk sangat.. 

Doakan mommy cepat sembuh...susah nak buat kerja bila sakit tangan sebelah ni.. (Mujur jari tak sakit..hahaha boleh update blog)
Sejak mommy jumpa mee sihat ni, Adam selalu minta nak makan mee. Jadi boleh dikatakan hampir setiap hari mommy goreng mee. 
Mee goreng tanpa telur
Sedap lah tu kan kalau dah tak ingat nak makan nasi. Minta mee aje.
Sampai daddy pon suka minta mee. Hehee skill memasak mee pon semakin hebat. Hehee
Mee goreng ada telur
Malangnya, semalam masa ambil Anis balik sekolah. KakSal yang bawa van sekolah tu kata,

"Anak kau kata mommy buat mee goreng tak sedap"

Erkk... Menusuk kalbu.. Kemudian KakSal sambung lagi.

Akak tanya dia kat sekolah makan apa. Anis jawab makan mee. Akak tanya lagi kat rumah makan apa. Anis jawab makan mee. Akak tanya mee cikgu masak sedap tak. Anis jawab sedap. Akak tanya mee mommy masak sedap tak. Anis jawab tak sedap.

Seharian mommy moody. Moodyyyyy!!!!! Huwaaaaa.... 

Sedih digelakkan orang sebab anak kata mee mommy buat tak sedap.. Cikgu masak sedap lagi... Huwaaa

Beberapa hari lepas kami sekeluarga berkampung di Hospital Shah Alam kerana telinga Adam ada "sesuatu". Tak tahu benda apa. Adam tak bagi usik telinga yang sakit tu.
Sebelum ni kalau mommy cuci telinga Adam tak ada pulak nampak hitam ni
Spot kedua pula berwarna merah macam darah

Tempoh hari semasa checkup susulan telinga Amal dengan Pakar ENT Hospital Shah Alam, mommy bagitau doktor si abang sakit telinga. Doktor suruh bawa abang refer ke pakar juga.

Prosedur jumpa pakar ni pula kena ada referral letter. Kemudian dgn referral letter tadi bawa ke pakar untuk set temujanji. Itu baru set temujanji.. Entah bila nak jumpa doktor.. Bila tunjukkan video yang mommy dah ambil, kawan daddyG suruh pergi Emergency terus. Tapi dia dah pesan memang lama la menunggu sebab dia kes Hijau je.

Semasa mendaftar di emergency, staff bertugas dah maklumkan masa untuk menunggu adalah 4-5 jam.. 

Lama tu memang lama lah. Nak mendaftar pon lama.. Nak menunggu doktor panggil pon lama.. Nak tunggu ubat pon lama.. Memang ngam ngam 5 jam baru selesai semua.

Telinga adam dicuci..diberi ubat..kena jumpa pakar isnin nanti untuk pemeriksaan susulan..apa benda dalam telinga Adam? Doktor kata bukan serangga. 


So lega lah sebab bukan serangga dalam telinga Adam. Tapi doktor minta pergi jumpa pakar juga hari Isnin untuk rawatan susulan. 


Assalamualaikum...hai korang...dah tidur ke? Ada tak geng mommy yang suka kelaparan di tengah malam? Ermm nak makan apa ni...

Nampak maggi.. Nampak sayur.. Campak telur sebiji dah sedap ni...
Lapar di tengah malam
Bila dah lapar sangat, terpaksa lah menjadi RAJIN. 
Ouchhh...rajin sangat ni...hihi.. Jangan makan selalu...makanan tak sihat ni.. Sekali sekala layan tak apa.. :P
Budak-budak suka makan makanan yang tak sihat termasuk mamee. Adik Amal yang kecik tu pon menggeletis mengamuk nak makan mamee. Apabila Mamee mengeluarkan produk baru, daddyG terus beli.
Mamee monster biskidz
Mommy tak pernah rasa pon lagi. Haha tak terasa nak makan walaupon dah beberapa kali daddyG belikan.
Adam Anis dan Amal macam biasa lah.. Peminat coklat dan biskut. Jadi mereka memang layan ja makan biskut ni.
Mamee monster biskidz
Biskut ni masih lagi dalam kategori makanan tak sihat. Nak biskut sihat mommy kena buat sendiri guna bahan-bahan sihat lah.. Entah bila la tuu....