Bola di mana? Bola di mana?

Bola kat atas bumbung tu masih disitu. Daddy taknak ambilkan! Kejam kan daddyG. Hahahaha

Tiba-tiba mommy dapat idea minta tolong dengan PakNgah Aiman. Mommy kalau tak preggy dah panjat bumbung rumah ni.

Terima kasih PakNgah Aiman. So dapat la Adam Rayyan main bola semula.

Tapi kali ni main bola dengan skill apa tak tahu. Buat mommy penat gelak tengok Adam Rayyan main bola. 

  
Muka kepenatan main bola. 


Ni link video Adam Rayyan main bola di instagram.



Juadah untuk pagi dan tengahari ini. 


Kalau RAJIN, apa pon boleh jadi. Asalkan ada bahan.


Nasi lemak tak boleh jadi sebab takde santan :P


Hasrat di hati nak makan nasi lemak. Suruh daddyG g beli semalam lagi. Katanya hari ini. Hari ini pula katanya esok. Takut lambat punch card. :P

So mommy geledah peti sejuk. Jumpa ni.


Mari kita memasak!


Bila tak ada idea untuk buat entry, cuba pakai cara "bila lapar". Pasti ada yang "mari". Macam entry ini :D


Pregnant kali ni, aku nak menyendiri je. Sebenarnya tak sempat pon ada masa untuk diri sendiri. Masa aku, anak-anak yang punya.

Kalau aku terlena kepenatan, anak datang kejut. Kalau aku tak jaga, anak korek biji mata. Haaa terjaga kau yang baru 5 minit terlena.

Aku harap tak ada yang terasa kerana aku menyepi. Bukan menyisih. Cuma perlu ruang untuk sendiri. Berebut masa dengan anak-anak sendiri je sekarang ni. Aku kalah.

Si ibu tetap akan mengalah. Si ibu tetap akan gagah. Siapa lagi nak buat kalau bukan aku.


Jadi aku kalah dengan hal sendiri. Blog yang sepatutnya semakin maju, merudum. Dari ranking alexa 1k sekarang dah jadi 9k. 

Badan tak mampu dah menghadap pc. Lama sungguh aku tak berblogging melalui pc.

Mata tak mampu juga menghadap ipad/iphone. Kalah kerana kepenatan. 

Otak tak dapat berfikir banyak. Mana mungkin aku melakukan sesuatu di luar kemampuan diri. Walau sudah kugagahi.

Aku masih bergerak dengan kemampuan yang ada. Maaf andai aku dah tak menjenguk ke rumah teman-teman(blogwalking). 


Dah badan penat. Cepat pulak sentap. Cepat juga berlinang air mata. Aduhhh bertabahlah duhai hati.

Elok juga aku bersendiri. Jadi aku tak disakiti. Aku juga tak terasa hati. Sensetif sungguh la mommy ni.

Terima kasih pada yang sudi singgah membaca blog mommy.

Preggy lagi?? Perkara pertama yang merisaukan mommy adalah macam mana Anis Insyirah nak menyusu. Pengalaman lepas, susu drop lepas preggy.

Nak teruskan menyusu walaupon preggy. Tapi tak sampai sebulan, susu dah tak ada. Masalah sekarang(masa tu la) Anis Insyirah ada ekzema. Susu lembu out! Susu kambing lah jawabnya.

Mula-mula try bagi susu kambing segar Nubian. Anis Insyirah tak nak. 

Kemudian belikan susu kambing jenama Irfan. Anis Insyirah tak nak jugak.

Rupanya, apa sahaja yang berbau susu, Anis Insyirah akan tolak.

Bila mommy dah tak tahu nak bagi susu apa, baru mommy tanya pada herbalist. Herbalist suggest susu Fernleaf FullCream. 

Hurmmm malangnya, Anis Insyirah tak nak jugak. Kesudahannya, susu Fernleaf FullCream itu Adam Rayyan yang minum.

Anis Insyirah minum susu apa? Macam mommy ada sebut dalam entry lepas, Anis Insyirah minum air masak je. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah. Kita berikan zat dan nutrien melalui pemakanan yang sihat dan seimbang.


So dah 5 bulan jugak la Adam Rayyan minum susu Fernleaf Full Cream. Tu pon sehari sekali sahaja. Mommy lebihkan makan untuk kedua-dua anak mommy.

Susu Fernleaf Full Cream
Susu Fernleaf Full Cream
Kenapa bukan susu jenama lain?? Grrr dah herbalist recommend susu Fernleaf FullCream. Kalau ada yang berminat nak tahu kenapa sebab dan asbab sila hubungi herbalist tu ye. :)

Boleh dapatkan contact number kat blog herbalist Nizam:

Mommy ada update kenapa pilih susu Fernleaf Full Cream di sini http://www.irrayyan.com/2018/07/susu-uht-vs-susu-tepung.html